Tuesday, October 11, 2011

Pre ....


Kalau tidak dihitung pun, detik tetap berputar....waktu tetap berlalu.

Itulah hidup dan kehidupan.

4 hari lagi Istiadat Konvokesyen Kali ke 6 akan berlangsung. Bagi saya, segala-galanya telah tersedia. Hanya menanti nama dipanggil untuk naik ke pentas. Huh!

Ibu dan abang sekeluarga akan bertolak dari Kelantan pada hari Khamis nanti. Mereka dan kakak sekeluarga akan bertolak dari Kuantan pada hari Jumaat. Semoga ibu & semua akan selamat tiba.

Saya akan berkonvo.

Teman sekelas dan sama batch dengan saya, Muhammad Asraf bin Matmor (Acap) akan menerima Anugerah Pengerusi & Anugerah Fakulti. (berita baik untuk kami yang 'menunda' konvo selama setahun). Open table jangan lupa!

Kawan baik saya, Ng Wan Siew akan menerima Anugerah Terbaik Program.

Saya? Anugerah Terindah untuk diri sendiri. Hehe

Belajar macam suam-suam kuku, mana la ada harapan nak dapat anugerah. Apa pun, tahniah buat semua. Pengorbanan selama 4 tahun telah membuahkan hasil.


Untuk teman-teman BSc (Hons) Mathematics with Statistics:
  1. Muhammad Asraf bin Matmor
  2. Hairudin bin Mohamad @ Ma'mor
  3. Dineswary a/p Nadarajan
  4. Kavitha a/p Letchumanan
  5. Nanthini a/p Ganason
  6. Ng Wan Siew
  7. Roziana binti Sahiruddin
  8. Siti Khalijah binti Ab. Rahim
  9. Noor Sauhana binti Sulaiman
  10. Merissa Khusairi
  11. Siti Farhana Othman
  12. Nor Najatul Fariha
  13. Lin Zhihan
  14. Law Mei Jin
  15. Nitaiyah Ramalingam
Thank you for everything.

Huru-hara dalam kelas, terkejar-kejar, study group yang 'mengasyikkan', dan macam-macam lagi benar-benar mendekatkan kita. Mengeratkan kita. (InsyaAllah, akan ada dedikasi khusus buat kalian di sini)

Untuk Sedari, Raudhah, Ajib, dan semua yang akan sama-sama berkonvo pada tahun ini, tahniah diucapkan.

Kalau berselisih bahu pada hari kejadian, tegur-tegurlah. Kot-kot boleh ambik gambar sekeping dua nak tunjuk kat anak cucu nanti.

Saya doakan segalanya berjalan lancar. Mohon sangat-sangat tiadalah insiden memalukan terjadi. Saya kan kelam-kabut sedikit bila upacara rasmi. Semua nak terpijak. Dush3

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami.

p/s: Menanti 'a bouquet of tulips & pooh from Sedari. Kui3


0 catatan teman:

Post a Comment