Tuesday, May 5, 2009

Perjuangan dan Tanggungjawab

1 paper dan 1 presentation lagi sebelum menamatkan semester ini. Saya tidak berminat untuk membincangkan isu Sekretariat Unit Peperiksaan yang biadap kerana sepanjang 3 tahun saya di Unisel, alhamdulillah saya dipertemukan dengan sekretariat yang sangat berdedikasi. Mungkin bukan rezeki saya untuk bertemu mereka yang saudara-saudari temui.

Setelah berhari-hari memikirkan ke mana hala tuju barang-barang keperluan saya, akhirnya dengan bantuan teman-teman yang sangat memahami, barang-barang tersebut kini berpindah tangan kepada mereka. InsyaAllah, masuk sahaja semester baru nanti saya akan terus mengambilnya dari kalian. Maafkan saya kerana telah menyusahkan kalian. Bukan tidak sudi untuk menempatkan barang-barang tersebut di PKP, tetapi kerisauan saya terhadap 2 kotak buku itu sangat menebal.

Ingin saya kongsikan sedikit ilmu dengan semua berdasarkan apa yang saya kutip dari buku Hamas Pejuang Kota Suci Baitulmaqdis. Mungkin ada percanggahan pendapat nanti, namun saya terima dengan hati yang terbuka kerana ketaksamaan menjadikan kita saling melengkapi antara satu sama lain. Percanggahan pendapat akan membuatkan kita banyak berfikir. Tetapi haruslah diingatkan agar tidak melampaui batas dan menyentuh sentimen mana-mana pihak. "Mungkin kadang-kadang kita terpaksa akur pada tindakan orang lain walaupun ia tidak selari dengan kehendak kita"- Maszlee Malik, penulis

Membaca warkah dari Saudara Khalil Ismail al-Hayya, Ketua WHIP HAMAS di Majlis Legislatif Palestin membuatkan jantung saya berdegup kencang. Di mana kita? Tulisan beliau bukan mengecam kita, tetapi peringatan kepada kita semua atas kesedaran tentang tanggungjawab dan amanah kita sebagai UMAT ISLAM.

Mereka cuma mempunyai 2 pilihan:
1. tunduk kepada tekana AS dan EU lantas mengiktiraf Israel bagi menghilangkan kesengsaraan rakyat
2. terus berjuang dan tidak sekali-kali tunduk pada tekanan.

Mereka memilih yang kedua. Mereka sangat memerlukan bantuan kita. Bukan sekadar derma semata-mata. Tetapi juga usaha dan suara kita di mata dunia bagi memastikan prinsip Islam terus dijulang kerana di sanalah letaknya kiblat kita..di sanalah ada saudara seagama kita.

Jika kami gugur syahid manakala saudara sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut daripada Allah atas kelembapan saudara semua. Kami tidak akan redha pada kelesuan dan kebisuan kalian. Kami tidak akan memaafkannya.

No comments:

Post a Comment