Saturday, May 2, 2009

Menapak dan terus Melangkah..

Teringat perbualan adik-adik serumah. Jam 2.30 pagi di bilik saya..
"Akak, lapar. Nak makan pizza. Jun, pegi bancuh tepung"
Seketika, dia terdiam..
"Nak makan KFC. Christie, pegi tangkap ayam."
Seperti kanak-kanak..itulah yang dapat saya simpulkan daripada mereka berlima. Kematangan mereka memang tidak dapa dipersoalkan lagi. Namun, kadang-kadang perangai keanak-anakan mereka membuatkan saya tidak betah. Penat melayan. Namun, saya bahagia..Seolah-olah melayan adik-adik sendiri dan askar-askar Nek Ma.
Hari ini adalah kertas ke tiga Peperiksaan Akhir saya. Tidak terasa bebanan yang terlampau seperti dua kertas sebelum ini. Alhamdulillah..
Selepas menghantar kertas jawapan dan dibenarkan keluar dari Dewan Utama, saya bersama empat lagi teman terus ke Shah Alam bagi menghadiri Majlis Perkahwinan Mentor kami, Miss Yati Ashikin. Opss..sekarang sudah bertukar menjadi Madam Yati Ashikin. Hehe
Majlis yang cukup meriah. Cantiknya Miss Yati! Lebih kurang 1 1/2 jam kami di sana, huluran salam mengundur diri diberikan buat kedua-dua mempelai. Kami sempat berbual seketika dengan Miss Dora, Madam Halini, dan Miss Manisah.
Kami singgah di Masjid Negeri, Shah Alam. Tiba-tiba, ingatan terus dilabuhkan kepada seseorang. Kami pernah sampai di sini. Buat pertama kali. Hembusan nafas dihelus perlahan..Saya tidak sepatutnya mengingatinya!
Destinasi seterusnya adalah PKNS. Bak kata Siti "Anggaplah ini adalah rehat seketika sebelum berperang lagi." Saya dan Ana tidak ke Plaza Alam Sentral. Kami melepak di tepi tasik. Berdua. Sekali lagi ingatan saya singgah padanya. Di sini juga kami pernah sampai. Buat pertama kali lagi. Saya akui, saya mengingatinya..
Entah mengapa hati saya tertanya-tanya..'Siapa dia di hati saya?' Terlalu sulit untuk mencari jawapan kerana masing-masing antara kami membiarkannya dahulu. Andai tiba saatnya, kami pasti bersama. Kami tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap hubungan ini.
Saya tidak ingin terbuai-buai dengan perasaan hingga melalaikan tanggungjawab saya. Dia juga begitu,rasanya..Pernah disuarakan pada saya "Kita sama-sama berkayuh. Andai saya penat, saya akan berhenti. Waktu itu saya cuma inginkan awak berada di sisi saya. "
Waktu post ini ditulis, saya masih terkenang-kenangkannya..Tetapi, cepat-cepat saya tersedar apabila teringat sebuah pantun lama ini:
Anak itik terenang-renang,
Anak puyuh dalam perahu,
Saya yang terkenang-kenang,
Dia benci saya tak tahu..

No comments:

Post a Comment