Thursday, June 4, 2009

Bersyukur

Minggu ini adalah minggu pertama bagi semester 3. Bakal menyudahkan tahun ke 2 pegajian ijazah pada hujung semester ini. Pantas..
Kelas saya cuma pada hari Selasa dan Sabtu. Kedengaran lucu buat teman-teman. Namun, itulah hakikatnya. Adat menuntut ilmu. Alhamdulillah, kesyukuran saya panjatkan pada Ilahi kerana Ma telah sembuh dari sakit. Nafas lega dielus perlahan.
Kecoh anak-anak buah saya pabila saya tidak bercuti sedangkan mereka dalam cuti persekolahan sekarang. Soalan-soalan cepu cemas ditanya berulang-ulang. Tidak terbayang nanti apabila Afiqah dapat bercakap dengan lancar. Jenuh nak menjawabnya. Buat masa sekarang, dia cuma pandai menyebut "Nak shushu" (nak susu), "Ayee piqah "(saya Afiqah), "Ana icu "(mana Ayah Su?) dan beberapa ayat lain yang memeningkan kepala Pak Cik-Pak Cik dan Ma Ciknya. Ma sahaja yang cekap memahami pertuturan si kecil yang montel itu.
Semalam, saya menghadiri diskusi bersama teman-teman seperjuangan. Sejarah pengkisahan Rasulullah yang bermula dari sebelum kelahiran Baginda sehingga hijrah ke Yathrib (Madinah) telah mengembalikan nostalgia lama apabila kita belajar tentang sejarah tersebut semasa di darjah 2 sekolah rendah. Cukup teruja. Memori yang ingat-ingat lupa kembali segar.
Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah resolusi yang telah kami buat pada penghujung pertemuan. Transformasi diri, minda, dan akhlak adalah penting sebelum kita mentranformasikan orang lain. Tetapi, jangan terlalu lama masa diambil untuk proes tersebut.
Proses mencari dan mendapatkan ilmu mestilah berperingkat-peringkat. Bukannya semua sekaligus dalam sesuatu masa. Untuk menyeru orang lain, serulah secara berhikmah supaya tidak timbul perasaan benci dan putus asa di pihak yang satu lagi.
Yang paling penting, percayalah setiap apa yang berlaku adalah ketentuan Allah..
Salam perjuangan buat semua ahli diskusi..

No comments:

Post a Comment