Monday, June 8, 2009

Mujhse Dosti Karoge

Apa tu? Pasti teman-teman tergelak besar pabila mengetahui saya menonton filem Hindi. Saya pun musykil kenapa saya tergerak hati untuk bertahan dari minit pertama hingga ke akhirnya di depan laptop semata-mata mahu mengikuti cerita tersebut.
"Sudikah awak berkawan dengan saya?"- Lebih kurang la maksud tajuk di atas sana. Saya mula mengenali tajuk dan lagu-lagu filem tersebut dari semester lepas. Junaidah yang memperkenalkannya kepada saya. Saya minat dengan salah satu lagu filem itu. Jika tidak silap, tajuknya Saawanli Si Ek Ladki.
Tergolek-golek teman-teman mentertawakan saya kerana telah memecah tradisi menonton filem Hindi. Walau bagaimanapun, ingin saya kongsikan juga sedikit sebanyak input positif yang saya terima dari lakonan Hrithik Roshan, Rani Mukherjee, dan Kareena Kapoor (mohon maaf andai tersilap eja).
Cinta tidak mengenal siapa. Gerak hati yang mentafsir segala-galanya. Antara cinta dan persahabatan, yang mana harus dikorbankan?
Saya tidak arif soal ini..pinta saya dari teman-teman supaya memberikan komen yang bernas lagi jitu buat saya dan teman yang lain. Namun, biarlah penjelasan itu berlandaskan agama yang kita sama-sama pegang. Saya menonton bukan sekadar suka-suka, tetapi mengutip iktibar atas segalanya.
Saya sudi berkawan dengan sesiapa sahaja.. (Tak sempat nak translate ke bahasa mereka.Haha)

3 comments:

  1. ele ko,ingat x zaman kat skuls dolu²?
    mase wat homework kat uma one??hehehe...not only now je ko layan,kan,kan??hiks..

    ReplyDelete
  2. tak salah pun layan hindustan sebab disebalik ceritanya yang kadang dramatik tu,ada pengajaran yang amat bermakna untuk kita..

    ReplyDelete