Thursday, October 22, 2009

Jawapan Istikharah Bonda

20 November yang lalu merupakan Hari Konvokesyen adik saya, Fikri. Ma semestinya hadir di majlis bersejarah itu. Di UiTM Shah Alam. Terkejar-kejar saya dari sini semata-mata ingin bertemu buah hati yang tercinta itu. Selepas tamat kelas jam 12.30 tengah hari, saya bergegas ke stesen bas ditemani Ain.
Alhamdulillah, pertemuan dengan Ma terasa seperti mimpi. Berat rasanya ingin membiarkan masa berlalu. Mohon dihentikan walau sebentar. Namun, itu sesuatu yang mustahil. Segalanya kami luahkan bersama.
"Apa jawapannya, Ma?"
Hembusan nafas dilepas perlahan..seperti boleh mengagak apa jawapannya "Boleh kan kalau tak pergi? Ma risau sangat. Masa kamu nak pergi Aceh dulu lain..sekarang nak ke Padang..lain"
Matanya bergenang. Saya tau, jawapannya tidak. Tidak mampu lagi untuk mengungkapkan kata. Biarlah, apa yang penting sekarang adalah untuk membahagiakannya. Jika jawapan istikharahnya telah jelas, saya tidak mampu untuk membantah. Itu yang terbaik.
Keesokan harinya saya menerima mesej dari Tuan Penasihat bertanyakan jawapan Ma.
Mula berkira-kira akan jawapan yang dirasakan terbaik buat kami semua. Tetapi buntu.
Akhirnya beliau membalas,
"Mungkin itu yang terbaik buat kamu. Kamu sudah merancang, tetapi perancangan Allah lebih baik. Percayalah, pasti ada hikmahnya."
Sehingga ke hari ini, saya sentiasa berharap dan berdoa agar Ma berubah pendirian. Saya ke sana atas nama ummah dan agama. Kebajikan dan khidmat yang saya akan berikan nanti adalah untuk masyarakat yang dilanda ujian oleh Allah. Walaupun harapan untuk ke sana kelihatan seperti semakin pudar, tetapi saya tetap berusaha untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi segala kemungkinan. Jadi atau tidak saya ke sana nanti, biarlah menjadi urusanNya. Yang paling penting adalah usaha yang berganda harus ditingkatkan. Mungkin Ma telah membuat suatu keputusan yang terbaik untuk saya dan keluarga. Dia lebih mengenali saya. Namun, saya mendoakan ada sesuatu yang lebih baik bakal terjadi nanti.
Kawan-kawan, doakan semoga Ma memberikan keizinannya. Ameen..

7 comments:

  1. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kiranya tiada izin ke sana, usahakanlah sahaja di sini. Kutipan derma kilat, collection sumbangan pakaian, dan menyebarkan berita serta berdoa mampu membantu mereka di kejauhan. InsyaAllah.

    An extra-super-special-invitation for TINIE; do visit my newborn blog PandaiPandai.blogspot.com anytime u feel free 2 do so.

    Brought 2 u by: Abang Garang =)

    ReplyDelete
  2. to MohaRZ: insyaAllah,sy bnar-bnar bharap akn ada izin untuk ke sana. Kerana hati saya kuat mengatakan khidmat saya diperlukan di sana, bukan di sini.Apa yang saudara telah cadangkan telah kami lakukan di sini. Terima kasih dan teruskan menyumbang.

    Thank you for your extra-super-special-invitation to visit your blog. i really appreciate it.

    Sama-sama kita meriahkan alam maya dengan perkara yang bermanfaat. AMAL MA'RUF NAHI MUNKAR..

    ReplyDelete
  3. knp konvo last 20 november?huhuhu..
    ke october lps?

    ReplyDelete
  4. hopefully,akk lbh sbr..
    i know ur interests,don worry
    u still have an ample time 4
    'doa & usaha'..
    insyaAllah,He knows d best..
    ape yg t'jd hr ni bkn beerti same slamenye =)

    i wish i can b s strong s u sis..
    pray 4 me..im working on my master degree now..
    hope sumwhr in overseas tp xtau la..

    Nway, all d best dr..
    pray 4 our success ya.. :)

    ReplyDelete
  5. to saya:haha tima kasih bnyk2..typing error 2.tiba2 rs mcm dh bln 11.pembetulannya: november.

    to moi: insyaAllah..tp ntah la.doa-usaha-tawakkal. Dia Yang Lebih Tahu apa yang terbaik untuk kita. jgn putus-putus usaha.

    Kadang-kadang, Allah sembunyikan matahari. Dia datangkan petir dan kilat. Kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari. Rupa-rupanya Allah hadiahkan kita pelangi.

    Sabar ya..

    ReplyDelete
  6. ye sy xsbr nk tgu pelangi yg indah..
    sis,october la..
    huhuhu..

    ReplyDelete
  7. to moi: tggu pelangi? insyaAllah, dpt nnt.haha oktober2. excited sgt mnulis time 2. tambah ngn penat.semua jadi cacamarba.sori2..

    ReplyDelete