Dua hari berturut-turut saya menapak di Kota Bharu Trade Center (KBTC). Tempat itu baru sahaja dibuka. Semalam saya ke sana berdating dengan adik, hari ini dengan Kak Han, Abg Zul, Haziq, dan Afiqah (terpaksa membawa si montel ini selepas beliau meronta-ronta nak ikut Cik Ni.huhu)
Itu cuma mukaddimah sahaja...siapa dia yang saya maksudkan? Dia ialah ibu saya. Kenapa saya utamakan dia dalam segala hal?
Saya bukanlah anak yang terbaik berbanding anak-anaknya yang lain. Kerana itulah, saya harus berusaha agar saya melakukan sehabis daya untuk membahagiakannya. Selepas pemergian arwah ayah, segala urusan hidup saya, saya akan bincangkan dengannya. Di situlah syurga saya.
Seringkali saya kebuntuan dalam membuat keputusan dan pilihan. Banyak perkara yang harus dipertimbangkan sebelum sesuatu keputusan itu dibuat. Adakalanya, langkah ini kaku. Tidak tahu harus ke mana. Dia banyak mendorong saya menimbangkan banyak persoalan itu dengan sewaras yang mungkin. Tidak pernah sekali pun dia membuat keputusan bagi pihak saya, hanya pendapat berdasarkan pemerhatiannya. Itu sahaja.
Sebagai anak, buatlah yang terbaik untuk ibu kita. Mungkin kita merasakan bahawa kita sudah selayaknya mengepakkan sayap sendirian, tetapi sedarlah.....dalam hati ibu, dalam jiwa ibu, kita masih anak-anaknya yang sentiasa menantikan tunjuk ajar darinya. Sejauh mana pun langkah diatur, ingatlah...tanpa ibu, kita pasti belum mampu untuk berjalan...hatta bertatih sekalipun.
Saya sering mengharapkan semua yang indah buat Ma. Walaupun adakalanya, banyak tindakan saya mengukir luka di wajah ceria seorang ibu. Astaghfirullah al-azim..
Kenapa harus bicara soal ini? Sebab...saya inginkan kita semua berazam untuk menjadi anak yang terbaik di hati seorang ibu. Boleh?
Hadith yang diriwayatkan oleh Sahih Bukhari daripada Abdullah, katanya:
"Aku bertanya kepada nabi s.a.w. tentang apakah amalan yang disukai oleh Allah s.w.t? Baginda menjawab, solat pada waktunya. Abdullah berkata, kemudian apa? Baginda menjawab, kemudian bakti kepada kedua orang tua. Dia berkata lagi, kemudian apa? Baginda menjawab jihad di jalan Allah"
Selagi roh masih di jasad, laksanakanlah apa yang masih tertunggak.
insyaalah
ReplyDeletesaya pun dalam proces membahagiakan bonda tersayang
Ameen..
ReplyDelete