Sunday, June 20, 2010

Makna Hari Bapa buat Yang Tiada



Awal pagi tadi, saya membelek-belek muka buku, ada sepotong ayat yang menarik-narik rasa hati ini.

Hari-hari bahagia seorang bapa..

Berbahagialah mereka yang masih punyai seorang bapa untuk dicintai dan dikasihi, untuk berbakti dan menadah kasih.

Saya rindukan wajah di atas. Itulah hakikat.

Suatu hari, pada hari Bapa 5 tahun yang lalu..saya tidak punyai apa-apa hadiah untuk ayah yang saya panggil Wan. Tapi kata Wan "Cukuplah kamu jadi penawar hati Wan."

Sehingga ke hari ini, saya berusaha untuk menjadi penawar hatinya dan bonda.

Kerana itulah, makna hari bapa buat yang tiada seperti saya sangat berharga. Setiap hari adalah hari bapa & saya sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi penawar hati ayah bonda sehingga ke akhirnya.

Hargailah ayah & ibu sewaktu kita bersamanya atau tidak, semasa dia masih di sisi atau telah pergi, seandainya masih di sini atau di syurga nanti.

Selamat Hari Bapa buat:
1. Cikgu Mohd Adli bin Mohd Amin (cikgu Matematik / bapa angkat yang dilantik oleh GB sewaktu sekolah rendah) yang banyak mendidik saya menjadi manusia Matematik.
2. Abang Zul- banyak membimbing kami adik-beradik dan menjadi Abah yang terbaik untuk Haziq & Nasrin
3. Abang- pengorbananmu takkan pernah ku lupakan. pengganti ayah yang tak pernah lelah menabur bakti dan kasih, ayah terhebat buat dua permata: Fasihah & Afiqah

& buat semua bapa..kasih sayang yang kami harapkan adalah amanah buat kalian.

air mata ini merembes laju lagi.

4 comments:

  1. Salam,
    semoga roh arwah ditempatkan di kalangan para ahli syurga...amin.

    ReplyDelete
  2. Wsalam..amin.
    bersama para syuhada' dan kekasihNya.

    ReplyDelete
  3. Salam..
    lama betul tak berkunjung ke rumah ini..
    bukan terlupa atau tak ingat tapi
    tanggungjawab yang tergalas,kadang2 buat diri ini hampir terjatuh..

    Al Fatehah buat arwah ye kak.. :)

    ReplyDelete
  4. wsalam..xpe, jarang jenguk bknnya bmaksud tidak teringat.

    tabahlah hati..jgn lekas mengaku kalah. Allah tau y terbaik utk kita.

    Al Fatihah..

    ReplyDelete