Terkebil-kebil memandang papan kekunci pabila mahu mencoretkan tentang isu ini yang masih belum ketemu pangkal hujungnya. Entah di mana silapnya, tak tahu apa masalahnya, isu ini kelihatannya amat meruncing sekali keadaannya.
Abu Sa'id Al-Khudri r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Hai Abi Sa'id, Barangsiapa rela Allah sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya, dan Muhammad sebagai nabinya, maka dia pasti masuk syurga."
Abu Sa'id merasa hairan dengan sabda itu, lalu dia berkata "Ya Rasulullah, ulangilah!" Maka Rasulullah mengulanginya, kemudian baginda bersabda lagi:
"Selain itu, ada yang bisa mengangkat darjat seseorang di syurga 100 darjat dengan jarak antara darjat 1 dengan darjat yang lain adalah sejauh langit dan bumi"
Abu Sa'id bertanya, "Apa itu Ya Rasulullah?"
Baginda menjawab "Berjihad membela agama Allah, berjihad membela Agama Allah"
Jika dibandingkan kesusahan dan kepayahan umat terdahulu dan kita dalam membela Agama Allah ini, rasanya terlalu kerdil dan kecilnya pengorbanan yang telah kita jalankan. Mungkin hanya bagaikan debu di jalanan. Tak nampak dek pandangan mata kasar. Dan kerana itulah kita harus berusaha meningkatkan potensi diri dalam kepimpinan.
Jalan jihad itu memang sukar, tapi jika hanya bercakap, memang terlalu mudah. "As simple as ABC" kata orang Barat.
Teringat waktu sekolah rendah dulu-dulu, bila cikgu tanya "Siapa nak jadi ketua kelas?" Berebut semua orang dalam kelas tu, kecuali yang sangat pendiam & tak mampu membuka mulut kerana sangat pemalu. Majoritinya teruja untuk menjadi ketua & memikul amanah itu. Sedangkan tidak pernah terbayang akan hitungan dosa & pahala seorang pemimpin.
Keadaan mula berubah apabila meningkat dewasa. Terlalu sukar untuk melantik seorang pemimpin. Undi sana, undi sini. Syura berkali-kali, namun jawapan orang yang dirisik "Belum pasti" seolah-olah sistem syura diperlekehkan.
Belum pasti kerana takut menggalas tanggungjawab..
Belum pasti kerana takut banyak masa 'terbuang' ke jalan dakwah..
Belum pasti kerana hilang waktu untuk melepak, melayari internet, bersembang-sembang, ronda-ronda shopping complex dan sebagainya...
Tertekankah kita dengan kerja-kerja jemaah? tugas-tugas dakwah? portfolio seorang pemimpin?
Bagi mereka yang masih belum mempunyai suami/isteri, anak, ibu/bapa mertua, ipar duai...sibuknya bukanlah kerana urusan kerja, tetapi kerana tidak pandai menguruskan kerja. (ini hakikat, kerana saya pernah mengalaminya sebelum berubah)
Jelas, tsunami kepimpinan bukanlah suatu benda yang baru. Saya mohon, saya harap...semua sedar akan masalah ini. Berhentilah berkata "Tertekan" "Sibuk" "Tak sempat" "Takde Masa" kerana Allah amat particular dengan setiap perkataan yang keluar dari mulut kita.
~mood: menaip entri ini pabila menerima 1 mesej yang mustahak dari sana. semoga Allah permudahkan jalan untuk saya supaya dapat menabur bakti di tanah itu. Ameen.~

No comments:
Post a Comment