Sunday, January 30, 2011

Rutin Baru



Pejabat Urusan LZS (MAIS) secara rasminya telah berpindah ke Blok 3 & 4, ALAMi. Kepada sesiapa yang masih kabur di mana kedudukan ALAMI itu, di sini saya ingin terangkan kedudukannya. (cewah, menerangkan kedudukan pada orang lain, sedangkan diri sendiri kadang-kadang tersesat jalan. haha)

Kalian tahu di mana Pusat Perdagangan Worldwide? Betul-betul depan highway Klang-KL. Bangunan Besar berwarna hijau. Ha, di belakang Worldwide itulah letaknya ALAMi. Tempat baru, pengalaman baru..biasalah tu.

Di situ, tiada kedai makan. Opps, salah...sangat kurang kedai makan = 1buah kedai makan sahaja . Pengalaman seorang kakak staf yang pernah makan laksa di kedai tersebut berharga RM 11. Ya tuan-tuan, RM 11. Katanya, memang akan kenyang sampai ke malam kerana kemahalan laksa tersebut. Dan kami yang mendengar kisah itu hanya mengekek ketawa dan berjanji tidak akan makan di kedai tersebut.

Jika hal tersebut terjadi kepada saya, sahihlah saya harus ke dapur restoran tersebut untuk membasuh pinggan mangkuk kerana setiap kali saya keluar membeli makanan, saya hanya akan membawa wang sebanyak RM 3 atau RM 5. haha

Jadi, apa rutin saya yang berubah? Sila semak dengan teliti ya..

  1. Bangun awal- jam 5.45 pagi atau 6 pagi saya sudah celik mata. Memasak untuk bekal sarapan & makan tengah hari. Harus memasak untuk makan 3-4 orang kerana kami selalu berkongsi makanan. Agak tidak senonoh kalau membawa makanan untuk dimakan sorang-sorang. keh3
  2. Kreatif-setiap malam akan berfikir untuk menukar menu makanan yang perlu dibawa. Tidak mahu statik. (mengada-ngada!)
  3. Menumpang-yang ini agak sedih sedikit..saya pergi dan balik kerja dengan menumpang Kak Suzi (staf JPA) atau Kak Zimah (bos saya). Pergi berambil (saya perlu berjalan ke atas highway) dan balik berhantar oleh salah seorang dari mereka berdua. Hmm...
  4. Datang lambat-ini agak tersengal-sengal sedikit untuk diterangkan. Jadual masuk kerja bagi saya adalah pada jam 8 pagi, tetapi bagi Kak Suzi / Kak Zimah adalah jam 8.30 pagi. Paling awal kami tiba di pejabat adalah pada jam 8.15 pagi.Adat menumpang, mesti ikut resmi yang bagi tumpang. Hehe. Saya tidak kisah masuk kerja jam berapa, lagipun bos saya memahami kesukaran yang saya alami. Tetapi, biasalah...rasa kurang selesa bila setiap hari lambat. Moga di bulan Februari nanti saya akan awal kerana mereka mahu menukar jadual kerja ke 8-5. Ameen.
  5. Jumpa CEO- Urppp, ini memang tidak dapat dielakkan. R&D di tingkat 2, bilik CEO di tingkat 4. Setiap hari akan bertemu beliau. Jadi, perlu bersopan (pakaian & tingkah laku)
  6. Depan pintu- kedudukan saya adalah betul-betul tepat di hadapan pintu masuk Pejabat Tadbir Urus Korporat. Sudahnya, perlu tegak sahaja...dah tiada lagi waktu nak letak kepala atas meja & rehat sekejap. Hadeiii
  7. Ada CCTV- terkejut juga apabila mula-mula masuk hari Ahad lepas. apa boleh buat, polisi. CCTV di sana sini..
Saya ambil dari sudut pandangan positif apabila rutin hidup itu berubah. Siapa tahu hikmahnya nanti lebih besar...Kata Kak Habsah (pengantin baru), "akak setuju bila Wan boleh bangun awal dan masak. Sekurang-kurangnya Wan dah mula buat persediaan sebelum menjadi isteri. Sebagai orang yang sudah berkahwin, akak nak Wan jalankan rutin harian sebagai seorang yang sudah berumah tangga (bayangkan!). Nanti bila dah kahwin, Wan takkan kekok"

Baik kak...saya akan ikut nasihat akak. Terima kasih kak!

2 comments:

  1. hehehe...makin keding la kakak sy..
    CCTV dok betui2 ateh kepala ku cik ni..huhu..

    ReplyDelete
  2. uiks, mana makin kedingnya...makin berat lak.
    im 43kg now. haha
    mula2 kt bawah cctv. pastu tukar ke seat paling hujung ofis. pakcik cctv dh xnmpk dh. mesti beliau rindu pny. wa3

    ReplyDelete