Monday, March 23, 2009

Cerita kita..

Tidak banyak yang ingin saya kongsikan dengan kalian. Cukuplah sekadar buat renungan kita bersama. Memahami erti agama dan hidup..

Salah seorang teman menyuarakan rasa tidak puas hati tentang teman serumahnya. Bercerita tanpa henti membuatkan saya kagum dengannya kerana beliau memang seorang yang suka bercakap..syukurlah kerana mungkin saya adalah pendengar yang setia buatnya.

Sedang asyik beliau bercerita, tiba-tiba beliau terdiam. Mungkin terlalu berat apa yang dipikulnya selama ini. Saya memandangnya..Suaranya tertahan-tahan "Akak, Islam tu menyusahkan ke?" Kerutan di dahi saya bertambah. Jawapan saya cukup mudah"Islam itu mudah,tapi jangan permudahkan"

Saya tidak arif sangat soal agama.Seperti kalian, saya juga belajar dan terus belajar. Tetapi, kenapa sesetengah orang menjadikan Islam itu sebagai sesuatu yang terlalu kompleks sehingga menyusahkan diri sendiri?

Berdoa tak semestinya dengan menadah tangan..itu pasti. Kita dilahirkan,dibesarkan dengan suasana yang cukup indah. Mengapa merosakkan keindahan itu?

Andai Islam itu membebankan, Rasulullah tidak akan berjaya memartabatkan Islam di muka bumi ini. Fikirlah sebelum berkata, renungkan diri sendiri sebelum menegur.

No comments:

Post a Comment