Sunday, March 29, 2009

Hari yang ditunggu-tunggu..

Seawal mungkin saya bangun hari ini kerana tidak mahu terlewat lagi. Hari ini saya ditugaskan untuk menjadi fasilitator bagi program Training of Fasilitator (TOF). Hari ini juga merupakan hari lahir adik saya, Fikri. Saya berkira-kira untuk menghubunginya selepas program ini selesai.
Dia rupa-rupanya terlebih dahulu menelefon saya. Kiraannya mungkin saya terlupa akan tarikh keramat baginya. Lucu! Perbualan kami kedengaran begini:
Saya: Cuti ke hari ni? Kan ke dah kena balik kampus?
Fikri: Ya cuti..kan esok Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Kak Ni ni..
(Saya menahan gelak kerana dia hampir menangis kerana saya buat-buat lupa akan hari lahirnya. Tidak mungkin, adikku..)
Saya: Ma tengah buat apa tu? Bising je budak-budak kecik kat belakang.
(Anak-anak buah kami sememangnya peramah orangnya. Fasihah yang berumur 7 tahun dan adiknya, Afiqah 1 tahun 7 bulan memang meriah.)
Fikri: Tengah tukar papan kat dapur. Papan tu dah rapuh. Dah la, nak tolong Ma.
(Adikku mulai merajuk)
Saya: Fikri..Fikri..Ingat Kak Ni lupa ke hari ni hari apa? Sabar la..petang nanti nak telefon.
Happy Birthday.
Fikri: Hehehe..
Kami tergelak-gelak. Sudah terlalu lama rasanya kami tidak bersua muka. Kerinduan ini saya pendam sendiri. Saya agak rapat dengan semua adik-beradik, lebih-lebih lagi kedua-dua orang adik lelaki saya.
Syukur Ya Allah, kerana mengurniakan aku sebuah keluarga yang amat kusayangi, permata-permata hati yang menyejukkan mata dan menjadi penawar hati kami. Anugerah Mawaddah wa Rahmah ini amat bernilai dan akan kujaga dengan sepenuh hati
Hari ini juga merupakan hari penentuan mengenai empat peluang yang saya mesti pilih satu daripadanya. Esok adalah hari yang saya akan membuat keputusan itu. Sehingga sekarang, bayang-bayang pilihan saya itu masih samar-samar rupanya.
Saya percaya pada "Ketentuan Allah lebih hebat daripada perancangan kita"

1 comment:

  1. salam...tu la....busy sgt Miss Presiident ni....hehehhe..wey jgn mrh..gurau jer....

    zakariabrandon.blogspot.com

    ReplyDelete