Sunday, March 29, 2009

No One Can Make U Feel Inferior Without Your Permission

Jam 7.55 pagi saya dikejutkan dengan deringan telefon dari Ain. Saya sepatutnya berada di dalam bas menuju ke Unisel Shah Alam sekarang! Saya terlewat bangun..bercampur-baur perasaan ini kerana saya tidak sampai hati membiarkan orang lain tertunggu-tunggu kerana kelewatan saya.Setelah didesak beberapa kali oleh Ain, saya dan Jun bersiap-siap walaupun persediaan tersebut cukup menyesakkan. Seteguk air pun tidak sempat diminum. Saya perasan ada muka-muka yang tidak berpuas hati dengan kami, tetapi dek kerana kekalutan tersebut saya tidak berani meminta maaf apatah lagi mengangkat muka.Kepada semua yang menunggu saya, saya minta maaf..
Berlangsungnya Wacana Ekonomi Ummah di sana.Niat saya untuk bertemu Dato' Seri Anwar Ibrahim berkecai kerana beliau berada di luar negara dan pidato beliau telah disampaikan oleh Nurul Izzah binti Anwar, anak beliau. Walaupun sedikit terkilan, tetapi saya berbangga kerana inilah pertama kali saya bertemu dengan beliau
Nurul Izzah binti Anwar Ibrahim: "Krisis ekonomi global yang berkait rapat dengan akhlak manusia. Betapa krisis kewangan ini adalah kerana berlakunya krisis nilai antara kita.
Kemelesetan ekonomi yang berlaku sekarang sebenarnya membuka peluang kepada pasaran baru. Kebenaran berkenaan krisis ekonomi sebenar perlu dikhabarkan kepada rakyat kerana merekalah yang akan menghadapi psychological collapse"
Tan Sri Dato' Mohamad Ali bin Hashim: "Punca keperkasaan sesuatu bangsa datang daripada kekuatan ekonomi. Umat Islam yang miskin akan membawa kepada kekufuran kerana umat yang miskin adalah umat yang lemah semangat dan kecil jiwa. Jadilah seperti gajah..gagah dan berani. Jangan menjadi gajah sarkas yang tidak tahu melepaskan diri walaupun besar, dengan tali yang kecil menjadi pengikat, gajah lupa diri, lupa asal usul, dan lupa warisan hanya kerana diberi makan oleh orang, dikurung di dalam kandang, menjadi bahan ketawa orang ramai"
Timang tinggi-tinggi,
Jangan sampai jatuh tangga,
Belum tumbuh gigi,
Dah pandai meniaga.

No comments:

Post a Comment