Friday, March 27, 2009

Kasihnya Ibu...

Satu..kasih nan abadi



Tiada tandingi Dia yang Satu



Dua..sayang berpanjangan



Membawa ke syurga



Kasihnya ibu



Tiga..lapar dan dahaga



Rela berpayahan



Setianya ayah



Empat..mudah kau ketemu



Berhati selalu



Beza antara kasih dan kekasih



Lagu ini sering saya nyanyikan apabila terkenang pada yang tersayang di kampung halaman. Sejak akhir-akhir ini, saya terlalu merindui ibu. Mungkin kerana kehidupan di sini yang amat menuntut saya supaya banyak bersabar dan berfikir dengan rasional.

"Ma sihat.." itulah kata-kata ibu pabila saya menghubungi beliau. Tak pernah saya dengar sedikit pun keluh-kesah yang terlahir dari bibirnya. Dia bidadari saya..Pesanan-pesanan beliau telah saya hafal dengan jayanya. Tak tertinggal walau sepatah. "Ingat, sebelum tidur sapu minyak ubat kat perut dan betis.Jangan malas..Makan kena jaga. Solat jangan tinggal, Al-Quran tu kawan kamu. Berada di tempat orang kena jaga tingkah laku. Husnu Zan kepada semua orang. Amalkan selalu solat malam.."

Ibu..adalah anugerah terindah kurniaan Allah s.w.t kepada kakak,abang-abang,saya, dan adik-adik. Tidak tergambar perasaan ini.. Di saat berjauhan ini, terasa ingin sekali saya berlari memeluk beliau. Ingin sekali berada di ribaannya walau seketika. Ingin sekali menatap wajahnya lama-lama.

Saya kena kuat. Selalu saya motivasikan diri ini dan adik-adik serumah supaya kuat. Kuat menahan emosi dan air mata.

Sesungguhnya..berjauhan telah menjadikan saya seorang manusia yang berperasaan!

No comments:

Post a Comment