Wednesday, March 25, 2009

Sukarnya tuk memilih

Minggu ini terasa menyesakkan. Test,quiz,tutorial yang tak pernah putus-putus, dan hal-hal lain menjadikan perjalanan masa sepanjang hari begitu cepat berlalu. Hambatan masa yang pantas itu semakin terasa bebanannya apabila saya terpaksa membuat pilihan salah satu daripada 4 pilihan.

Bukan pemilihan jodoh yang saya maksudkan kerana saya tidaklah sehebat Rabiatul Adawiyah, serikandi Islam. Pilihan ini adalah pilihan antara minat, fikrah, dan kecenderungan saya.

Permulaan hari Selasa ini agak baik kerana saya berjaya menjawab soalan Ordinary Differential Equation (ODE) dengan jayanya walaupun ada soalan yang agak menggugat keimanan di jiwa. Bisa meruntun perasaan..

Pertemuan dengan beberapa orang presiden kelab dan persatuan membuatkan hati saya terasa bagai dipalu-palu. Ingin ke mana? Jika tidak ke mana-mana, kenapa? Persoalan-persoalan itu sungguh mengharukan.

Akhirnya, saya menerima satu msg daripada seseorang yang saya panggil abang. Pesan beliau supaya saya istikharah untuk membuat keputusan amat saya hargai. Saya benar-benar memerlukan suatu keputusan.

Saya tahu, pilihan yang bakal saya buat nanti mungkin bakal mengguris hati banyak pihak. Lebih-lebih lagi apabila mereka adalah teman-teman rapat saya.

Apa yang saya mohon dari kalian adalah,selami hati ini walau seketika. Saya tidak pernah membuat keputusan atas sebab orang lain, tetapi kerana diri saya sendiri. Hormati pilihan saya dan sentiasa bersama saya walaupun haluan kita berbeza.

Doakan saya semoga dapat membuat suatu tindakan yang bijak. Berlandaskan apa yang saya pegang selama ini, berpaksikan apa yang saya impikan sepanjang kehidupan ini.

Membuat pilihan umpama menarik rambut daripada tepung. Rambut tidak putus..Tepung tidak berselerak..

No comments:

Post a Comment