Monday, March 23, 2009

Mentor Mentee

Khamis lalu, kami pelajar semester 5 dan 6 di fakulti telah mengadakan "Hari Bersama Mentor Mentee". Minggu ini terlalu sulit untuk saya gambarkan kerana kami terlalu sibuk. Alhamdulillah, akhirnya program itu berjaya dilaksanakan.
Kehadiran Dekan fakulti kami telah membangkitkan semangat kami untuk terus berusaha.
Pujian harus diberikan kepada Ketua Program kami yang telah banyak bertungkus-lumus membantu kami. Masih terngiang-ngiang kata-katanya "Saya mahukan hubungan yang erat antara pensyarah dan mahasiswa semua. Jangan wujudkan rasa rendah diri dan ada jurang antara kita. Tetapi harus ingat, rasa hormat kepada kami sebagai pensyarah jangan dilupakan."
Sepanjang semester ini, saya berasa teruja dengan semangat yang beliau tunjukkan. Mengajar dan mendidik kami. Pada masa yang sama, menjadi ibu kepada kami..
Semangat yang beliau pamerkan tak pernah membuatkan kami terasa jauh. Sedikit pun tidak pernah merungut walaupun kami terdiri daripada manusia-manusia yang bermacam kerenahnya.
Terima kasih buat semua pensyarah Fakulti Sains Gunaan dan Matematik..

No comments:

Post a Comment