Thursday, April 2, 2009

Menitik dan terus menitis..

Pagi ini test Statistical Method and Applications agak mudah.Alhamdulillah..Usai test tadi, saya dan teman-teman mengadakan pertemuan dengan mentor kami, Miss Yati Ashikin. Jemputan ke majlis perkahwinannya pada 2hb Mei nanti amat kami hargai. Jika tidak kerana paper final exam yang akan berlangsung pada tarikh tersebut, kami pasti hadir ke majlis bersejarah beliau itu.

Pak Akob..antara kawan baik saya di kampus ini. Siapa Pak Akob? Dia bukanlah sesiapa di mata sesiapa. Namun, dia hebat di mata saya kerana kesabaran dan kesetiaannya kepada kami semua, pelajar Unisel yang bermacam-macam kerenah. Saya sempat berborak seketika dengannya sewaktu dalam perjalanan pulang ke hostel. Beliau pula sedang menanti para pelajar yang akan mengadakan aktiviti di luar kampus untuk dibawa dengan bas Unisel.

Tidak banyak yang kami perbualkan seperti selalu, tetapi saya cukup terharu dengan semangatnya yang tinggi dan tidak pernah merungut itu. Hari ini, beliau terlepas daripada makan tengah hari kerana mendapat panggilan supaya bergegas datang mengambil para pelajar. Nasi yang dijamah tidak sempat dimakan..Kesian Pak Akob..Saya tidak meminta belas kasihan daripada pembaca sekalian, namun cukuplah dengan memikirkan perasaan orang lain juga dalam memenuhi kehendak kita sendiri.

Seseorang yang saya gelar adik, mengadu pada saya..dia rindukan saat dahulu.Saat di mana saya dan dia bersama teman-teman lain mengadakan usrah ringkas dan makan-makan. Dia rindukan saya. Sudah terlalu lama detik itu berlalu, namun dia masih mengingatinya. Saya akan cuba ikhtiarkan untuk itu. Saya tidak lari dari sesiapa, tetapi keadaan yang telah memaksa saya untuk berundur bagi mengelakkan lebih banyak umpatan dan fitnah yang bakal saya terima. Maafkan akak,Jib..

No comments:

Post a Comment