Friday, April 10, 2009

Minggu Yang Kritikal

Blog yang kusayangi...
Maaf kerana hampir 2 minggu tidak mengupdate mu.hehe

Perjalanan hidup bermula dari hari Isnin hingga ke saat ini terlalu bermanfaat. Terima kasih buat adik-adik serumah yang memahami kesulitan ini dan sudi bergilir-gilir memasak untuk diri ini.

Isnin: Pertemuan dengan anggota baru kelab. Persembahan power point yang saya paparkan mendapat sambutan dan penerangan yang saya berikan diharapkan agar mendapat kefahaman semua. Saya bukan presenter yang baik

Selasa: Hari ini dipenuhi dengan kelas-kelas dan assignment yang bertubi-tubi. Agak tertekan pada hari ini kerana sakit kepala datang menyerang tiba-tiba. Saya cukup tergugat pabila sakit ini datang kerana apa yang saya mampu lakukan pada waktu itu cuma tidur..

Rabu: Cabaran yang sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi. Dua test yang cuma berbeza 1 hingga 2 minit antara satu sama lain membuatkan kami merintih.Test Experimental Design di Fakulti Sains Gunaan dan Matematik dan Test Finance di Fakulti Pengurusan Industri memang menyesakkan.Selepas marathon test, rehat selama 30 minit sebelum sesi kelas seterusnya. Berkejar-kejar semuanya sebelum Mdm Che Manisah masuk ke kelas.Kelas yang berakhir tepat jam 3.50 petang terasa lega sedikit. Saya, Ng, Dines, dan Kavitha menemani Nanthini menderma darah di rotunda fakulti. Lebih kurang jam 6, saya tiba di hostel.Makan dengan bahagianya kerana terlalu lapar. Rehat seketika sebelum meneruskan marathon kelas malam nanti. Tersedar dari lena,sudah 8.02 malam.ha???
Bergegas solat Maghrib dan terus ke kelas.Fikir kami, pada malam ini Mr. Nazran cuma akan memberikan lecture,tetapi silap..tutorial dan mesti dihantar pada waktu tersebut.Aduh!!! Sekali lagi otak ini diperah dan selesailah sesi marathon pada hari ini. Pulangnya ke hostel saya tidak dapat menahan bebanan di kepala ini lagi.Usai mandi dan solat, badan terus direbahkan. Semenjak dua menjak ni, kepala saya terasa bagai disiat-siat. Sakit yang melampau-lampau itu tidak dapat membuatkan mata saya terpejam. Ya Allah...

Khamis: Beratnya mata ini untuk terbuka..Hari ini cuma ada dua kelas.Pagi dan malam. Tidak terasa sangat bebanannya. Selepas kelas malam, saya menjenguk di Dewan Biru. Pertemuan barisan MPP dengan para mahasiswa. Ingin terus masuk, tetapi tempat duduk yang kosong cuma kelihatan di barisan hadapan.Tidak!!!Sudahlah lambat, tiba-tiba popular.Lantas, saya pulang dengan hati yang berbekam. Saya teringin untuk mendengar setiap bait kata yang lahir dari mulut para pimpinan kerana itu adalah janji mereka dan amanah kami. Pabila teman serumah bersetuju untuk ke sana, saya bersyukur..Menjadi perosak majlis terhormat pun jadilah.Pertemuan dengan Yang Di Pertua MPP amat kami hargai. Semoga beliau tabah dalam menghadapi liku-liku sebagai seorang pemimpin.

Jumaat: Orang lain buat proposal 1 minggu, saya buat..1 malam. Kerana tuntutan masa, saya terpaksa akur dengannya. Selesai sesi mengedit, tepat jam 4.25 petang saya menghantar proposal tersebut ke hep.Doakan semoga permohonan tersebut diterima dengan jayanya.
Doakan saya dan semua yang terlibat.

No comments:

Post a Comment