Saturday, May 30, 2009

Ahli Politik?

Teringat akan perbualan antara Ma, Mak Cik Dah, Abang, dan saya..

"Apa nak jadi dengan budak-budak sekarang? Masalah sosial tak pernah surut-surut." kata Ma.

Mak Cik Dah membalas "Hmm..kita tak boleh nak salahkan mereka seratus peratus. Kita kena tengok dari pelbagai sudut. Tak semua dari mereka bermasalah kerana perangai sendiri"

Saya dan Abang berpandangan..Akal berkira-kira untuk membalas. "Asas pembentukan peribadi remaja bermula dari rumah. Macam tu jugak asas kekukuhan dan keutuhan sesebuah negara. Bermula dari rumah. Bagaimana nak wujudkan negara yang harmoni sedangkan masalah dalaman makin pincang? Semua pihak harus berpadu tenaga dalam membina generasi yang mantap."

Semua terdiam. Mereka berpandangan.. Alamak, saya tersalah cakap ke?

"Kamu berminat ke dalam politik?" soal Mak Cik Dah.

Sengihan palsu sengaja saya ukirkan untuk membuatkan mereka cuak.Hahaha "Minat untuk tahu dan baca. Setakat ni belum ada niat lagi nak masuk politik. Mental belum ampuh. Tapi siapa tahu sebelum usia menginjak ke 40 tahun, saya bakal bergelar politician"

Ma terdiam. Begitu juga Mak Cik Dah dan Abang.

Semasa menjadi fasilitator MTS, kami menerima kunjungan dari YB Nurul Izzah binti Anwar Ibrahim untuk menyampaikan pidato kepimpinan di Dewan Utama. Pesanan beliau "Saya ingin menyeru dan mengajak para pemuda untuk menceburi bidang politik yang sekarang ini masih dipelopori oleh golongan dewasa dan veteran."

Sebelum sesi post mortem pada malam itu, saya bersama 4 lagi teman iaitu Farah, Rashid, Qasim, dan Hatimi berbincang mengenai isu politik di Malaysia. Perbincangan antara kami yang masih mentah dalam soal ini banyak kekurangan dan kelemahannya. Apa yang pasti, mereka teruja pabila mengetahui saya berminat dalam politik.

Ahli politikkah saya nanti?

Titik. Tanpa jawapan.

No comments:

Post a Comment