Thursday, May 21, 2009

Cinta Tanpa Batasan

Sambutan Hari Ibu buat kami sekeluarga tidaklah semeriah mana..namun ada harganya. Kami dilahirkan dan dibesarkan di dalam suasana yang penuh kesederhanaan dan tidak pernah menunjukkan perasaan kasih dan sayang melalui kata-kata. Apa yang tersirat di hati cuma mampu ditafsirkan dengan perlakuan dan perbuatan.
Rancangan asal saya sebenarnya tidak mahu mengadakan apa-apa majlis untuk ibu, tetapi akan membuat kejutan kepadanya. Berlainan pula dengan abang-abang dan adik saya..mereka telah sepakat membeli sebiji kek istimewa untuk Ma. Kejutan mereka pada hari tersebut kurang menjadi kerana Ma tidak sabar-sabar ingin melihat kandungan kotak tersebut.
Akhirnya majlis yang dikatakan gempak menjadi kurang gempaknya. Bermula dengan bacaan doa selamat dari Abang, kami meraikan jantung hati kami pada malam tersebut. Seperti biasa, askar Nek Ma yang nakal itu berlari-lari untuk mendapatkan kek. Afiqah..Afiqah..
Ma bising "Buat apa membazir beli kek mahal-mahal? Ma kan boleh buat kek..Kak Ni pun ada."
Kami tersengih. Kami tahu di hatinya tersemat seribu warna-warna kegembiraan. Marahnya cuma di bibir.

No comments:

Post a Comment