Saturday, June 6, 2009

Jauh

Sekarang musim cuti sekolah..Riuhnya kampung halaman. Sayu hati pabila mendengar kemeriahan di rumah Ma. Semua adik-beradik ada...kecuali saya. Hati bagai dihiris-hiris. Berkumpul beramai-ramai, berkongsi cerita dan duka, menasihati antara yang ada, mengenang yang telah tiada..dan segala-galanya.


Semalam saya menerima mesej dari Fikri, meminta saya menelefon nombor yang dikirimnya itu. Saya pelik..adik saya yang sorang ni, kadang-kadang fikirannya tak dapat ditelah. Lantas, nombor tersebut didail. Tiada jawapan. Selepas solat Maghrib, sekali lagi didail. Alhadulillah, terjawab. Ma!

Rupa-rupanya Ma mendapat hadiah handphone..Mungkin selepas 'digoda' oleh kelima-lima adik beradikku yang berada di sana. Alhamdulillah, akhirnya terbuka pintu hati Ma untuk menerima handphone tersebut.
Memandangkan kelasku cuma pada hari Selasa dan Sabtu, adik-beradik saya mendesak supaya pulang ke kampung. Bukan tidak mahu pulang, malahan hati saya meronta-ronta untuk berkejar pulang, namun batasan masa yang menghalang.
"Balik la Kak Ni. Ma masak sedap..pulut durian, ikan rebus goreng, nasi kerabu, macam-macam lagi" suara Adik menyesakkan dada saya yang sarat dengan kerinduan. Kerinduan dari kejauhan. Sengaja disebut nama-nama makanan yang saya gemari bagi menambahkan beban di jiwa. "Jauh, dik" ringkas jawapan saya..
Selepas berhari-hari barulah saya dapat mengawal gelodak hati ini. Jiwa yang meronta-ronta sengaja dibekukan. Berjuta rasa yang tersimpan di lubuk hati tidak mampu saya pamerkan kepada teman-teman. Tidak tahu harus bermula dari mana. Bimbang kolam mata ini kan pecah.
Ma, saya rindu..


2 comments:

  1. saba kak..
    Dia bersama org bersabar
    saya faham kerinduan akak..

    ReplyDelete
  2. aku kalo rase nk blk,walo satu hari pon aku balik jgk..everytime with my beloved is precious.hari ni mungkin aku ade,diorang ade.hari esok sape tau..

    ReplyDelete