Thursday, June 11, 2009

Kahwin

Hari Sabtu minggu lepas saya menghadiri majlis perkahwinan abang kepada ex-roomate saya, Wani. Meriah sungguh majlis tersebut. Saya sempat bergambar di pelamin dan katil pengantin. Pengantin belum lagi tiba di saat kami telah menghabiskan makanan. Hiasan yang simple tapi cantik. Pandai pulak saya memberi komen.

Selasa lepas, kami telah dipelawa untuk bertemu Miss Dora. Jemputan kahwin dari beliau. Hari Sabtu nanti. Serba sedikit mengenai Miss Dora. Beliau mengajar kami subjek Statistical Inference semester-semester yang lalu. Beliau bertemu jodoh dengan Mr.Ikhwan yang dahulunya adalah rakan sekolah semasa di MRSM Bitara, Taiping.

Kawan menjadi teman sehidup semati. Itulah katanya. Dua minggu berturut-turut saya menghadiri majlis perkahwinan. Petanda awal sebelum diri sendiri kot. Haha
Esok adalah hari bahagia buat mereka. InsyaAllah seawal jam 8.30 pagi kami akan bergerak dari sini. Moga perjalanan ke Kelana Jaya akan lancar dan selamat. Amin..
Teringat kata-kata Ustazah Hafizah, "Perkahwinan adalah perjudian yang halal. Suami isteri mesti kuat. Jika kamu rasa hidup membujang sekarang susah, dunia perkahwinan nanti lebih susah. Segala-galanya dikongsi. Buruk baik dia dan kita masing-masing perlu terima dengan hati terbuka"
Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan
Bidadari-bidadari yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakan yang kamu dustakan

Surah Ar-Rahman (Ayat 70-73)

2 comments:

  1. ai

    lain amcam je
    adakah pengisian ceritera kita
    malam jumaat hari itu
    membuka jalan yang lain?

    ooo

    ReplyDelete
  2. hmm..membuka jalan y lain?maksudnya?
    ayat berlapis2 btl bakal teacher ni..
    haha

    ReplyDelete