Friday, June 26, 2009

Mengejar dan Dikejar


Terkejar-kejar rasanya mengikuti perjalanan waktu pada minggu ini. Dari Isnin sehingga Jumaat, penuh dengan kelas, group discussion, usrah, meeting, pertemuan Naqib dan Naqibah dan yang sama waktu dengannya. Syukur..itu perjalanan takdir saya. Sekurang-kurangnya masa tidak terbuang dengan hanya mengenang nasib.Hehe
Adik saya, Fikri, bakal menyambung pengajiannya di peringkat ijazah 5hb nanti. Permintaannya agar saya dapat mencarikan rumah sewa untuknya. Dia ingat dekat agaknya Shah Alam dengan Bestari Jaya. Keinginannya itu saya usahakan. Teman-teman di Shah Alam telah saya hubungi. Sesiapa sahaja yang berpotensi untuk ditanya, telah saya risik. Namun, setakat ini hampa..Sabar ya, dik..
Semalam, Dr. Halim menyerahkan satu beg plastik buat saya..terisi dengan 5 buah novel Inggeris. Gembira tidak terkata. Sedikit perbualan antara kami sebelum kelas bermula..
Dr. Halim : Tu sikit je novel yang saya bawak. Nanti saya bawak lagi.
Saya : Takpe Dr. Ini pun dah banyak.
Dr. Halim : Penulis mana yang kamu minat?
Saya : (sambil menggaru-garu kepala..bab menghafal nama adalah salah satu
kelemahan saya. Tiba-tiba terlintas 2 nama)
Saya suka gaya penulisan Sidney Shelton dan Sandra Brown.
Dr. Halim : Ya? Citarasa kita lebih kurang sama. (tersenyum)
Bangga tu..Dr. Halim memang best!
Hari ini ada 2 kelas. Pagi dan petang. Malam nanti saya akan bertolak ke Tamrin Jundiy yang akan diadakan 3 hari 2 malam. Disebabkan kelas saya pada petang nanti berakhir pada jam 6 petang, saya akan bertolak selepas Maghrib. Bukan sebagai peserta, tetapi urusetia. Di bahagian mana la saya bakal dicampakkan.
Doakan semoga saya dapat mencari rumah sewa untuk Fikri, tamrin hujung minggu ini akan berjalan lancar, dan segalanya berjalan seperti yang dirancang. Harapan juga, semoga kejutan buat seseorang akan berjaya terlaksana.
Gambate kudasai!

2 comments:

  1. insyaallah.
    love u
    suh adik akak duk ngan sya
    hahahahah

    eh silap
    nanti saya tolong carikan
    :)

    ReplyDelete
  2. sidney sheldon...?
    bestnye dpt 5 novels..
    myself hv 2 but 4 new 1..
    huuuhuu...

    ReplyDelete