Sunday, July 5, 2009

Dia Ibu Saya

Terasa kebas kaki pabila terpandang Ma sudah menjejakkan kaki ke sini. Hampir 3 tahun saya mengharapkan situasi ini berlaku. Kekangan yang Ma hadapi menghalangnya dari sampai ke sini. Saya akur..cukuplah doanya sahaja yang tiba selama ini.

Kata Abang Zul "Tengah jalan tadi berkali-kali Ma tanya kami nak ke mana. Dia tak percaya itu jalan ke UNiSEL."

Saya pandang wajah lesu kepenatan itu.. "Jauhnya UNiSEL. Itu ke jalan yang Tini lalu setiap kali nak balik kampung atau keluar?"

Anggukan saya perlahan..air matanya bergenang. Kami terdiam..
"Tak kisah pun semua tu. Yang penting, Ma selamat sampai sini. Welcome to Unisel" tak mahu kisah sedih berlanjutan.
Saya peluk Ma..erat..saya kenalkan Ma dengan housemate dan roomate saya. Pinta saya waktu itu..Ya Allah, perlambatkanlah masa agar saya boleh bersamanya.. Itu harapan saya..
Seperti biasa, berdepan dengan askar-askar Nek Ma memang menguji kesabaran. Soalan demi soalan diajukan kepada saya. Haziq dan Nasrin yang becok. Belum dicampur lagi dengan Fasihah dan Afiqah yang tiada di sini. Jika tidak, hampir roboh 1 cluster F ini.
Syukur saya panjatkan kepada Allah..

3 comments:

  1. salam kak..bestnye mak dtg..unisel tu kire ok gak tu rasanya..kalau akk dok mesir lagik sadis..alhamdulillah ala kulli hal..

    mana ade ulama nak kutip ilmu senang2 kan? sume bersusah2..huhu..

    all d best kak, take care

    ReplyDelete
  2. sirehpulangkeganggangJuly 9, 2009 at 6:23 PM

    hahahaha...
    finally, d day came...
    Nek Ma jejakkn jg ke bumi unisel yg fana itu..
    congrates!!!
    penantian mmg 1 penyeksaan,
    tp hslnye slalu manis..

    sometimes, without any expectation things happen..
    dats wonderful about our life created by HIM..!

    ReplyDelete
  3. untuk Ayu..
    akk ada ckp kt Ayu kan..kita kna jd fleksibel.mengikut keadaan semasa berlandaskan syariah dan panduan dari Yang Esa.klu akk kt tempat Ayu pn,akk tak kan mtak Ma bersusah payah ke sana. Ayu jangan sedih2. Kita ada saudara seagama di seluruh pelosok Bumi Allah ini. Akk sentiasa doakan semoga Ayu kuat menempuhi liku-liku sebagai perantau. Ada pape masalah, cerita..jgn segan2 bgtau akk.
    salam perjuangan dari kejauhan..

    utk sirehpulangkegagang..
    tima kasih.Alhamdulillah, dipermudahkan jalan utk Nek Ma ke sini.

    ReplyDelete