Bukan kepenatan mencari ilmu yang perlu saya bicarakan. Namun, pengisian yang saya lakukan sepanjang tempoh mencari ilmu itu yang saya titik beratkan. Dalam tempoh dua minggu ini, hidup saya benar-benar terisi. Tempoh melelapkan mata pun terkadang diabaikan. Tuntutan tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan mesti ditunaikan. Tiada lagi masa untuk berfoya-foya kerana di saat inilah nilai usia muda dinilaikan.
Berkejar ke kelas, mesyuarat, diskusi Al-Amin, usrah, dan sebagainya memang menuntut saya supaya bersabar. Beberapa hari lepas, saya ke bangunan pentadbiran universiti kerana atas urusan yang saya perlu selesaikan. Layanan 1st class yang saya dapat, benar-benar membuatkan hati saya bagai dirobek. Terkutukkkah saya pabila berhadapan dengan staf di sana? Di mana konsep mesra pelanggan pabila berdepan dengan kami?
Dahulu, waktu saya menyandang jawatan teratas dalam mewakili mahasiswa, saya dilayan selayaknya dan kadang-kadang membuatkan saya rasa segan kerana baiknya mereka. Namun, hari ini sebaliknya hal itu terjadi..pabila saya turun dari takhta..
Saya memang penat melayan kerenah birokrasi dan pilih bulu yang diamalkan oleh pihak pengurusan. Penat sangat.. Tidak berbaloi terkejar-kejarnya saya seandainya dilayan seperti kucing kurap. Saya tidak pinta dibuai oleh kipas Sang Si Raja, cuma layanilah kami sebagai mahasiswa dengan seadilnya dan sebaiknya.
Maafkan saya kerana bercerita itu dan ini. Satu sahaja pinta saya..layanilah kami (mahasiswa Unisel) dengan sebaiknya. Bukan kerana apa status kami, TETAPI kerana itu adalah hak kami.
Kelelahan kami terkejar-kejar sekurang-kurangnya terbalas jika kalian melayan kami sebagai mahasiswa.
Itu harapan saya..
pity u...
ReplyDelete