Sunday, July 12, 2009

Tanggungjawab itu..

"Tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa yang kita ada" pesan Imam Al-Syahid Hasan Al Banna.
Bila diri terkejar-kejar dalam meyelesaikan apa jua tugasan, kita sering dihambat oleh rasa penat dan ingin berhenti dari terus berjuang. Tetapi, jangan terlupa..di sebalik tiap kesulitan, Allah telah mempersiapkan anugerah buat kita. Allah tidak akan pernah mempersiakan hambaNya yang menolong agamaNya. Itu janji Allah.
Semalam..sewaktu dalam proses mengisi perut di tengah malam..Sedari bertanya "Susah kan nak berubah?"..saya terdiam. Teringat akan seseorang yang ingin berubah tetapi tidak berubah.
"Hmm...killer question tu. Saya bagi pandangan je ek? Terpulang pada awak untuk terima atau tak." Encik Beliau mengangguk..
"Bila bercakap soal perubahan..semua orang teruja. Apa lagi bila dengar perubahan ke arah yang lebih baik..Kita mesti gembira bila tahu teman-teman nak menjadikan Islam sebagai cara hidup. Bahagianya..Tapi, kita mesti sedar..Berubah bukannya senang. Macam mana susahnya untuk ubah diri sendiri, macam tu la susahnya nak ubah orang lain. Malah, lebih sukar "
Encik Beliau terus memandang..macam usrah plak..
"Kita sama-sama berubah.Perlahan-lahan.Istiqamah dengan perjuangan. Kalau kita tak mampu lagi nak tolong orang lain berubah, kita doakan semoga dia akan jumpa orang yang sewajarnya yang boleh tolong dia.Jangan meletakkan harapan terlalu tinggi untuk tengok dia berubah sebab kita tak rasa macam mana berperangnya dia dengan perasaan yang kata 'aku takkan berubah'.Bagi dia masa dan ruang. Terus konsisten dengan dia. Jangan mudah putus asa."
Teringat kata-kata Master dalam Kungfu Panda yang saya tonton bersama adik-adik kampus dalam program Tamrin Jundiy..
"You are too concern to what was and what will be"
Itulah penghalang utama bagi kita untuk tidak berubah.
Bagaimana transformasi yang berlaku pada Buya Hamka? Dari seorang kanak-kanak nakal kepada seorang Ilmuan Ulung..Sama-sama kita teladani perubahan beliau..

2 comments:

  1. exactly, its not as easy as abc whn it comes 2 tansformation..
    changing fr bad 2 gud..
    sumtimes it easy 2 say but hard 2 do..
    but
    IF THERE'S A WILL THERE'S A WAY..

    ReplyDelete
  2. saya.me,wa et moiJuly 13, 2009 at 11:46 AM

    its gud if v hv a gut 2 help others 2 b better..
    but..
    d power 2 change him/her is not in our hands..
    its out of our control..
    v can juz help,pray n tawakkal..
    d rest leave it 2 Allah..
    (^^,)

    ReplyDelete