Saturday, July 25, 2009

Transformasi Minda Merentasi Zaman

Semalam, pertemuan akhir pimpinan GPTD Unisel. Perancangan untuk misi ke Maninjau, Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Kami bertiga bersama Tuan Penasihat. Flow mesyuarat berjalan lancar. Tibalah saat memilih motto misi. Terkebil-kebil memandang antara satu sama lain. Misi yang menfokuskan kajian budaya dan khidmat sosial kepada masyarakat di sana. Menjejak ilmuan dan ulama' besar di sana, Buya Hamka.
Setiap idea tentang motto pasti akan disoal dan pertelagahan pendapat antara satu sama lain telah menjadikan mesyuarat tersebut makin rancak. Setelah hampir beberapa ketika, kami mendapat satu kata putus.
..TRANSFORMASI MINDA MERENTASI ZAMAN..
Pendedahan dan latihan demi latihan diberikan kepada para ahli GPTD bagi mempersiapkan diri untuk menjalankan misi tersebut. Motto tersebut signifikan dengan penjelajahan ini kerana ia bermaksud perubahan yang dihadapi oleh minda setiap individu merentasi zaman yang dilaluinya, keadaan asalnya sekarang. Setiap individu akan mengalami proses transformasi itu. Namun bila dan bagaimana semua itu terjadi adalah bergantung pada kehendak dan kemahuan diri sendiri.
Iktibar dari kisah Buya Hamka perlu diteladani semua. Cuba ambil sedikit masa untuk membaca kisah hidup beliau dan menikmati keindahan pengalaman dan ilmu yang beliau ada. Setiap dari kita sentiasa diberikan ruang dan peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Doakan usaha kami ini. Moga diberkati dan berjalan dengan lancar. Sebarang pertanyaan, makluman, atau sumbangan boleh hubungi kami di gptdunisel.blogspot.com.

No comments:

Post a Comment