Bukanlah bermakna hati saya telah dimiliki..tapi maksudnya hati saya telah diisi dengan adik-adik yang saya sayangi selain Fikri dan Adik. Anugerah Allah yang sememangnya sangat bernilai buat saya. Perkenalan yang tidak dijangka telah melahirkan bibit-bibit kemesraan dan kasih sayang yang murni. Keletah, hilai tawa, pesan-memesan, segalanya membuatkan hati saya senang dan tenang. Pabila berdepan dengan pelbagai kesulitan, kedatangan mereka menjadikan saya seorang yang tabah.
Entah mengapa, hati saya cukup rapuh di saat ini. Terlalu mudah tersentuh. Serba tak kena. Moga ditetapkan iman dan dilimpahkan kesabaran. Amin..
Residen makin sepi. Sudah terlalu jarang melihat orang lalu-lalang. Rumah telah dibersihkan. Barang-barang telah diedarkan kepada teman-teman yang memahami. Sekali lagi, barang-barang tersebut berpindah tangan. Terima kasih buat yang membantu. Jasa kalian sangat dihargai.
Peperiksaan akhir yang baru berlalu sangat mendebarkan. Technical Writing dan Pengajian Malaysia boleh dikira masih dalam pertimbangan. Kertas akhir, Research Methodology membuatkan kepala saya hampir pecah. Haha. Selesai kertas pada tengah hari tersebut, saya tertidur tanpa sedar akan bunyi alarm. Lima belas minit melelapkan mata. Kejutan dari Sedari. Saya perlu bangkit bagi memenuhi janji dan kehendak perut. Sabar ya, perut.
Akhirnya, jam 5.00 petang saya dan Sedari menikmati hidangan makan tengah hari. Seorang adik telah menelefon di saat itu, tergelak-gelak apabila mengetahui akan kelewatan waktu makan saya. Bahagia sungguh mendengar suaranya. Walaupun perkenalan antara kami baru melangkah ke angka 2 bulan, tapi seperti telah lama bersama. Kami tidak pernah bertemu. Hanya kata-kata di ruang maya, dan suara di hujung telefon mengeratkan kami. Dia tidak pernah melihat saya..agakannya saya seperti seorang cikgu pabila mendengar suara saya. Haha
Moga akan ada pertemuan antara kami sedikit waktu lagi. InsyaAllah.. itu rancangan kami berdua. Andai dipermudahkan urusan..
No comments:
Post a Comment