Friday, August 28, 2009

Ujian Ini Hadir...

Hari keempat puasa, saya disahkan demam panas. Hembusan nafas dielus perlahan, cubaan. Terima kasih buat semua yang mengambil berat. Sedari, Farah Shanaz, E-ca, Jun, Ng, Nanthini, Dinesh, Kavitha, sahabat baik, teman-teman serumah, adik-adik seusrah, rakan sekelas dan seperbalahan (tiang letrik), jasa kalian amat saya hargai. Di saat diri ini tak mampu untuk bangun, ada tangan menghulur, ada bahu untuk bersandar. Subhanallah..
Dua hari tempoh saya ambil untuk memaklumkan Ma. Menyusun ayat. Saya tidak akan membuatkannya terkejut. Dia mudah terkejut sekarang. Lenanya senang terjaga, nafasnya sering berombak. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan walaupun ada sendu di hujung talian. Hati bergolak. Cuba menahan sebak. Ma terlalu mudah menitiskan air mata. Saya terdiam. Cuba memahami rasanya yang bertutur dalam tangisan. Mungkin saya yang paling jauh berbanding adik-beradik yang lain, jadi perasaannya sebegitu parah.


Satu kajian telah dibuat berkenaan demam panas oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Isa Abd. Majid dari Pusat Racun Negara,

Demam terjadi kerana kenaikan takat suhu tetap di dalam badan yang ditunjukkan dengan kenaikan suhu badan melebihi daripada suhu biasa. Ianya ditentukan melalui pengukuran suhu badan pada tapak ukuran yang disyorkan. Pengesahan kenaikan suhu badan ini boleh ditentukan dengan mengunakan jangkasuhu. Ketika demam, suhu yang diukur pada bahagian mulut akan menunjukkan bacaan melebihi 37.8 darjah C (100 darjah F) dan suhu dubur pula melebihi 38.3 darjah C (101 darjah F) atau 37 darjah C (98.6 darjah F)apabila disukat di celah ketiak.

Demam boleh terjadi tanpa sebarang sebab, seperti selepas bersenam atau pun terjadi akibat perubahan fisiologi badan seperti di dalam kes jangkitan kuman. Kuman yang menjangkiti badan dikenali sebagai pirogen. Istilah ini sebenarnya yang berasal dari perkataan Greek (pyro=api;gen=penyebab) bermaksud sebarang bahan yang menyebabkan kenaikan suhu apabila memasuki badan.

Bahan-bahan lain yang diketahui boleh menyebabkan kenaikan suhu termasuklah ubat-ubatan, penyakit seperti kanser dan serangan penyakit jantung, dadah dan racun. Perlu diterangkan juga bahawa kenaikan suhu badan boleh juga terjadi di dalam keadaan kejutan panas akibat suhu persekitaran yang tinggi. Di dalam keadaan kejutan panas, aktiviti kehilangan haba dari badan akan berlaku melalui perpeluhan dan pengembangan salur darah menjadi perlahan.

Semasa kejutan ini terjadi, kehilangan peluh yang banyak sebenarnya akan memburukkan lagi keadaan kerana mangsa kejutan akan mengalami kekurangan bendalir dalam badan atau dehidrasi. Suhu badan semasa kejutan terjadi boleh melebihi 24 darjah Celcius, pada takat suhu ini kulit mangsa akan menjadi kering, koma dan mungkin kematian. Sekiranya rawatan tidak diberikan secara agresif dan pantas, kemungkinan pesakit maut adalah tinggi sehingga boleh mencapai 80 peratus daripada semua kes kejadian kejutan panas.
Bagaimana Demam Terjadi
Haba badan manusia terhasil akibat daripada proses penjanaan tenaga yang diperlukan untuk aktiviti badan seperti pergerakan otot. Semasa sihat, penjana utama datang dari hati manakala ketika bersenam pula otot menjadi pengeluar haba utama. Proses penjanaan haba ini dipengaruhi oleh hormon badan dan otak. Di dalam keadaan normal, suhu badan ditentukan oleh proses penjanaan dan juga proses kehilangan haba.

Bagi membolehkan kehilangan haba badan yang cepat, proses yang biasanya di lakukan oleh badan sendiri ialah berpeluh di samping pengembangan saluran darah pada kulit agar haba badan yang disalurkan dapat di hilangkan melalui kulit.
Suhu badan biasanya ditetapkan pada julat suhu yang tertentu iaitu 36.5 hingga 37.5 darjah C melalui pusat kawalan suhu yang terletak pada otak. Bagi memboleh kan badan menetapkan suhu badan dengan persekitaran saraf sensitif suhu yang terdapat pada kulit akan menghantar maklumat ke otak secara berterusan.
Jika suhu persekitaran jatuh, maka maklumat yang disampaikan ke otak akan menyebab kan gerak balas badan, termasuklah perubahan tingkahlaku bagi mengimbangi kejatuhan tersebut. Dalam hal ini, gerak balas yang boleh diperhatikan adalah seperti bulu roma menegak atau menggeselkan tangan bagi meningkatkan suhu kulit. Di dalam keadaan tidak normal, perubaan di dalam mekanisma pengawalaturan suhu badan ditunjukkan melalui dua keadaan iaitu demam dan kepanasan.

Demam dapat dikesan melalui kenaikan takat suhu tetap badan. Kepanasan pula ditunjukkan dengan pusat kawalatur pada otak yang tidak berubah walaupun kadar kehilangan haba dari badan semakin rendah yang mengakibatkan kenaikan suhu badan. Oleh itu, peningkatan suhu badan boleh disebabkan oleh tiga proses iaitu kenaikan suhu yang ditetapkan pada pusat kawalan yang terdapat di otak, peningkatan di dalam penjanaan haba pada otak dan pengurangan di dalam kehilangan haba badan.

No comments:

Post a Comment