Sunday, August 23, 2009

Rahmati dia Ya Allah

Bermula sudah bulan yang dinanti telah tiba. Moga kita sama-sama dapat mengejar rahmat dan barakahnya. Lebih-lebih lagi di malam Lailatul Qadar. Amin..


Keseorangan di hostel membuatkan ingatan saya pada Ma datang bertandang. Saya perlu kuat. InsyaAllah, Ramadhan tahun hadapan saya bakal meraikan kedatangan bulan ini bersamanya. Semoga dipanjangkan umur dan dikurniakan nikmat kesihatan untuk kami sekeluarga menyambutnya bersama.


Telah 2 bulan hati ini terjatuh pada seraut wajah..Tingkah lakunya menarik saya untuk mendekatinya. Dia bukanlah sehebat mana. Tetapi dia berjaya menjadikan saya teringat dan sentiasa ingin bersamanya. Mungkin inilah takdir dan kuasa Allah.Dia lain dari yang lain. Itu yang membuatkan hati saya makin tertarik. Subhanallah..


Serba sedikit tentang dirinya. Dia gadis yang biasa. Comel. Free-hair. Pergaulannya agak bebas. Tingkah lakunya terkadang kasar. Pendiam pabila kurang selesa dengan keadaan sekeliling. Ideanya bernas. Suka membantu. Selalu ingat akan diri saya, walaupun dengan hanya membawa secawan Vitagen.


Tapi sekarang, dia sudah mengalami perubahan. Dia semakin berminat dengan Islam. Agama Suci ini.

A** : A*** ada jugak keinginan nak bertudung. Macam akak. Kadang-kadang
A** segan bila bersama dengan orang yang bertudung.

Saya tersenyum..

Saya : Bagus. A** cantik bila bertudung. Itukan tuntutan agama. Pakailah bila
A** dah bersedia. Akak akan tolong A**.Tapi jangan terlalu lambat.
Nanti menyesal.

A** : A** belum ada kekuatan. Lebih-lebih lagi bila tengok orang pakai tudung
chipsmore (pakai-bukak). Takut jadi macam diorang.

Saya : Bila A** dah ada kesedaran, maknanya Allah sayangkan A**. Allah nak
A** berubah. Jangan terlalu pikir negatif. A** kuatkan semangat. Akak
sentiasa ada untuk bantu A**. Sebab tu la Allah takdirkan kita jumpa
dan berkawan. Ada hikmah kan?


A** : A'ah la. Macam mana A** boleh tak terfikir semua tu? Akak tau, akak dah
banyak ubah A**. Sekarang ni, A** dah kenal apa itu agama, halal haram.
A** dah tak bergaul bebas macam dulu lagi. Terima kasih akak.

Sedikit perbualan saya dengannya. Syukur Ya Allah. Saya bukanlah penyebab dia berubah. Tetapi Allah telah menjadikan saya sebagai pemudah cara untuknya. Itu sahaja. Saya akan terus membimbingnya. Seperti adik-adik yang lain. Itu harapan saya.Tiba-tiba ingatan saya terlintas pada salah seorang adik..Saya amat merinduinya. Sangat.


Teringat bait lagu Keluarga Penyayang nyanyian In Team "Memanglah benar kata pujangga, tangan yang menghayun buaian bisa menggegar pelosok dunia, diasaskan oleh keluarga bahagia."

2 comments:

  1. to unwanted..

    mesti la ingat.adik akk y kecoh n kalut.haha
    rindu suasana lama.nurul,shuhada,jun,farah,christie..

    ReplyDelete