Bagi menyemarakkan lagi medan penulisan di tinta ini, saya berbesar hati untuk berkongsi hasil bacaan saya melalui kupasan buku yang akan saya nukilkan pada setiap minggu. Bagi sahabat-sahabat yang belum pernah menatap karya Dr.Majid Irsan Kaylani iaitu "Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya Al-Aqsa ke pangkuan Islam", saya akan menulis bab demi bab mengikut diskusi dan perbincangan saya bersama teman-teman dalam usrah pimpinan. Semoga semua dari kita beroleh manfaatnya. InsyaAllah.
Kata Encik Yusri bin Mohamad, mantan Presiden ABIM "Setelah selesai menelaah buku ini, saya rasakan beberapa mesej pentingnya sangat wajar diambil perhatian jika kita mahu lihat berlakunya proses transformasi haqiqi pada tubuh umat sehingga dapat mengulangi kegemilangan silam seperti kejayaan generasi Salahuddin Al-Ayyubi mengembalikan Al-Aqsa ke tangan umat Islam. Buku ini mendedahkan dan menjelaskan langkah-langkah dan fasa-fasa bertahap yang telah mendahului dan memungkinkan munculnya bukan hanya seorang Salahuddin tetapi suatu generasi yang dibarisi oleh individu yang serba hebat dalam segenap bidang strategik dalam diri umat"
Bicara pengantar Dr.Mohd Farid Mohd Shahran pula "Karya ini mengajar kita bahawa pembukaan semula Jerusalem oleh Salahuddin melalui beberapa proses
- Pembersihan semula bentuk ekstremisme dalam segala bidang yang berlaku dalam masyarakat yang telah menyebabkan masyarakat menjadi rosak dan lemah
- menghidupkan kembali pemahaman agama dengan menyeluruh dan mendalam sepertimana yang telah dilakukan oleh Imam al-Ghazali dan kemudiannya diikuti oleh tokoh-tokoh yang mengikuti beliau
- usaha mengkader ahli-ahli masyarakat yang mempunyai kualiti ilmu yang unggul, akhlak yang mantap, dan pemikiran yang jelas
- kelahiran dari generasi yang lahir seperti Salahuddin yang akhirnya dapat memandu mereka untuk mendapat kembali Jerusalem dari tentera Salib."
Label terbaru di tinta ini akan saya beri nama "Bedah Buku"
No comments:
Post a Comment