Sebelum kelahiran generasi yang berjaya menakluk Baitulmaqdis, mereka melalui tahap-tahap yang sukar. Bermula dengan gerakan jihad yang diwakili oleh keluarga Zinki, kemudian tentang Salahuddin yang berakhir dengan pembebasan negeri dan kota suci. Orang-orang yang mengusahakan proses tersebut adalah mereka yang telah mengalami kepahitan hidup berpanjangan.
Terdapat 4 persoalan supaya membolehkan kita menjawabnya menggunakan kajian dan perincian yang teliti yang mampu mengubah keadaan umat dari keadaan yang lemah dan pasif kepada keadaan proaktif, iaitu:
- fahaman dan ideologi pasif yang tumbuh subur dalam masyarakat: fanatik terhadap sesebuah parti politik dan mengikut secara membuta tuli. Di sini, perlu ditegaskan bahawa kita sebagai seorang muslim yang benar-benar mengamalkan ajaran Islam dengan sebaiknya, kita perlu wasatiyyah (bersederhana) dalam segala hal, berlapang dada pabila berbeza pandangan, dan mementingkan fiqh awlawiyat (yang lebih utama)
- Perubahan -perubahan apakah yang telah terjadi pada abad seterusnya, iaitu antara peristiwa penyembelihan besar-besaran umat Islam di beberapa kota seperti Urfa, Antokia dan Aqsa sehingga munculnya generasi Nurudin dan Salahuddin beserta kemenangannya dalam mengembalikan Al-Quds ke pangkuan umat Islam?
- Siapakah orang yang telah memikul tanggungjawab perubahan positif ini? Sejauh manakah perubahan yang telah tercapai?
- Apakah seorang Salahuddin merupakan fenomena individu dan peribadi yang penuh mukjizat, muncul secara tiba-tiba di tengah-tengah terjadinya pelbagai peristiwa dan suci dari segala kelemahan manusiawi, atau dia hanya merupakan sampel dari generasi zamannya?
Persoalan-persoalan ini hanya akan terjawab jika kita mengkaji falsafah sejarah yang tumbuh dalam masyarakat dan bagaimana ketentuan sesebuah perubahan mempengaruhi berdiri atau jatuhnya masyarakat.
Falsafah sejarah:
- Masyarakat terdiri daripada 3 komponen iaitu: idea,manusia, dan benda. Ketiga-tiga komponen ini memainkan peranan yang penting kerana akan timbulnya penyakit pabila idea dan benda berpaksikan manusia. Perlu ditegaskan di sini bahawa matlamat tidak dapat menghalalkan cara.
- Perilaku manusia merupakan tujuan dan gerakan. Tujuan terbentuk dalam fikiran dan keinginan, sedangkan gerakan berbentuk tindakan dan perilaku. Cara kita berfikir akan mempengaruhi segala tindakan yang kita lakukan. Terutama sekali dalam soal haq dan batil. Jika kita tinggalkan sisa-sisa masa dan perjuangan kepada jalan dakwah, akhir nanti kita akan mendapat saki-bakinya sahaja.
"Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkanNya kepada sesuatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" (Al-Anfal 8:53)
No comments:
Post a Comment