Saturday, October 10, 2009

Isu Kartika: bukan sekadar bualan kosong

Terkesima sewaktu membaca kenyataan berani mati Joint Action Group for Gender Equality (JAG) serta Sister In Islam (SIS) dan Women’s Aid Organisation (WAO) yang memperlekehkan kedudukan serta perlaksanaan undang-undang syariah di negara ini.
Tindakan sewajarnya perlu dikenakan kepada mereka yang memandang Islam sebelah mata. Kita, sebagai umat Islam seharusnya peka dan mengambil langkah yang efisyen bagi menangani masalah ini. Isu ini bukan sekadar bualan di kafe ataupun semasa menanti pensyarah masuk ke kelas, tetapi merupakan isu ummah..pegangan dan akidah kita. Relakah kita membiarkan Islam dipersendakan sebegitu rupa?
Saya dan teman-teman membuat laporan polis atas rasa tanggungjawab terhadap kenyataan yang dikeluarkan JAG yang diserta oleh SIS dan WAO serta konco-konco mereka melalui memorandum kepada YAB Perdana Menteri bertajuk Justice For Kartika bertarikh 25 Ogos 2009. Dalam laporan yang dikeluarkan JAG telah mendesak Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri untuk MEMANSUHKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH yang sedang berkuatkuasa di negeri-negeri. Lihat di sini.

Tuntutan biadap ini telah diulangi lagi sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar The Star bertarikh 1 Oktober 2009, Ivy Josiah, Pengarah Eksekutif WAO berkata :

“We urge the Federal and State governments to conduct comprehensive review of all laws pertaining to Syariah criminal offences with a view to repeal such laws.”
Tidak tersentakkah kita pabila mendengar ayat sebegitu rupa? Bangunlah wahai syabab! Bangkitlah wahai fatayat! Kita sebagai mata rantai perjuangan Rasulullah dan para sahabat harus melangsungkan dakwah dan perjalanan agama ini.
Andai pernah terlintas permintaan seperti ini "Izinkan ana bercuti dari kerja dakwah.." lupakanlah..kerana amanah yang tergalas bagi memberi faham erti Islam dalam kehidupan kepada mereka yang masih mencari semakin berat.
Jika pernah langkah tersongsang, jangan pernah merajuk atau meratap. Inilah jalan yang Allah tentukan untuk kita. Inilah Dai’e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidak berhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan.
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman” (Ali-`Imran: 139)

No comments:

Post a Comment