Tuesday, September 29, 2009

Pengumuman Penting

Entry ini ditulis bukan dalam keadaan marah atau separuh sedar..percayalah.

Terdetik hati saya untuk menulis kali ini kerana timbulnya bermacam-macam anggapan, telahan, malahan yang lebih hebat adalah kesimpulan berdasarkan pandangan. Fuhhh......penat menjawab soalan-soalan tersebut. Semoga entry kali ini akan menjawab setiap persoalan yang lahir dari fikiran mereka yang berfikir.
"Bila nak kahwin?"
"Awak ngan dia kapel kan?"

"Dah jumpa bakal mak mertua?"
"Secocok betul awak ngan dia. Padan"

Di bawah ini adalah jawapan saya untuk setiap soalan di atas yang lebih kurang sama maksudnya. Soalan dari mereka yang seolah-olah pernah tidur sebantal, makan sepinggan, mengaji sekitab, dan segala-galanya bersama. Pada mulanya, saya cuma tersenyum dan menganggap hal ini adalah biasa memandangkan usia 20 an merupakan usia untuk mengenal cinta. Namun, pabila sudah menjadi buah mulut ramai orang, saya sendiri merasakan hal ini wajar dihentikan. Siapa sebenarnya 'Dia' yang mereka maksudkan?

Ini jawapan saya "Saya pohon, hentikanlah bertanya soalan-soalan di atas kerana saya tidak mempunyai apa-apa perkaitan perasaan cinta dengan mana-mana muslimin. Saya tidak menolak andai sudah tersurat jodoh saya dengan 'Dia'- orang yang kalian maksudkan. Tetapi, biarlah itu menjadi urusan Allah s.w.t. kerana kehendak dan ketentuanNya. Siapa pun yang telah tertulis untuk saya, akan saya terima dengan hati yang redha dan lapang. Tiada sekelumit pun perasaan marah dari saya pada kalian, tetapi permohonan ini saya lakukan kerana saya adalah seorang wanita..muslimah..tidak ingin menjadi fitnah dari orang. Pinta saya, tolong jangan kaitkan saya dengan sesiapa. Tiba masanya, akan saya maklumkan siapa orangnya yang saya sendiri belum mengenalinya"




No comments:

Post a Comment