Tuesday, September 29, 2009

Cinta Kita, Cinta Perjuangan

Tertarik hati saya untuk singgah di laman iLuvIslam sebentar tadi. Kisah perjuangan yang tidak berpenghujung. Kita semua di medan perjuangan. Namun, siapa yang bakal tersungkur di tengah lapangan atau syahid dalam pertempuran, tidak kita ketahui. Setiap orang mempunyai matlamat, tetapi ke mana matlamat itu dan apa matlamat itu hanya kita sahaja yang mengetahuinya.

Bercerita soal perjuangan juga banyak membuatkan kita bermuhasabah tentang perjalanan kita selama menjadi khalifah di muka bumi ini. Terlalu banyak rintangan perlu ditempuhi sehingga menjadikan kita kadang-kadang tersungkur. Tapi, harus bangkit demi sebuah masa depan yang belum pasti di mana akhirnya..syurga atau neraka.
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh mala petaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." (Al Baqarah 2:214)
Usah lekas berputus asa kerana Allah s.w.t. sentiasa bersama dengan orang yang sabar. Andai dirasakan ujian kepada diri sendiri adalah berat, ingatlah..ada lagi hamba-hambaNya yang lain yang ditimpakan ujian yang lebih berat. Berhenti mengeluh dan teruskan melangkah. Tersadung bukan bermaksud kita harus mengalah, tetapi sebagai pedoman supaya tidak terjatuh lagi selepas bangkit dari kekalahan semalam..
Ucapan tahniah kepada Nazihah (teman sekelas sewaktu di SMKKL) dan Nor (teman sekelas sewaktu di SIC) yang baru mendapat cahaya mata pertama mereka. Untuk Rohana, semoga dikuatkan semangat untuk mengharungi tempoh mengandung buat kali ini. Buat Hazwa (sekelas dan jiran)dan Rohaiza (kelas sebelah), tahniah atas pertunangan kalian semalam. InsyaAllah, walimah kalian akan saya hadiri nanti.

No comments:

Post a Comment