Sunday, November 8, 2009

Kelantan vs Negeri Sembilan


See full size image

(saya tidak dapat meletakkan kedua-dua gambar ini bersama-sama.entah mengapa.)

Isu yang mungkin lari sedikit daripada topik saya yang lain di tinta ini. Saya tidak bersifat kenegerian. Ini cuma entry perkongsian pengalaman dan idea. Tidak lebih dari itu. Mohon maaf kepada orang-orang Kelantan dan Negeri Sembilan.

Kelantan layak ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia. Pertemuan Kelantan menentang Negeri Sembilan. Suatu keadaan yang tidak dijangka oleh para penyokong bola sepak Kelantan. Ketandusan memenangi sebarang kejuaraan sejak 39 tahun yang lalu kini mungkin akan mengukir segaris lukisan baru di kanvas arena bola sepak Kelantan.

APA jua kesudahan buat Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini, ia tetap menjurus ke arah satu rumusan pemergian Peter Butler yang memimpin pasukan itu pada saat saingan Piala Malaysia bermula, langsung tidak ditangisi. Tempat jurulatih yang sekarang ini dipikul oleh G.Santhianathan mula mengorak langkah.

Ketika Selangor bermegah dengan tiga kejuaraan dalam semusim, tidak keterlaluan boleh disimpulkan betapa Kelantan adalah pasukan paling mencuri tumpuan yang mewarnai kemeriahan kancah Liga Malaysia 2009, baik dari sudut negatif mahupun positif.

Negeri Sembilan mempunyai barisan pemain yang gah dan berbakat. Ini merupakan suatu aset dan kelebihan yang ada pada negeri ini. Pasukan ini juga pernah memenangi beberapa perlawanan besar dan segala kemungkinan bakal berlaku pada malam ini.

Saya lahir daripada keluarga yang sangat meminati bola sepak sehingga saya pun terikut sama. Teringat cerita dari Arwah Ayah yang beliau tidak lagi menonton perlawanan bola sepak di stadium negeri selepas mengahwini Ma. Itu pesanan daripada Arwah Nenek. Minat dan kecenderungan beliau meresap ke jiwa-jiwa kami, anak-anaknya. Menonton bukan di stadium, tapi di televisyen. Namun, selepas pemergiannya, kami semua agak kurang menonton apa-apa perlawanan. Segalanya sudah berlalu dalam lipatan sejarah.

Kata Arwah Ayah "Kelantan main bagus. Tapi kat tempat sendiri. Bila keluar dari Kelantan, kurang sikit skillnya"..itu pandangan berdasarkan pengalaman beliau. Mungkin keadaan itu telah berubah sekarang. Harap-harapnya..

Kepada semua penyokong kedua-dua pasukan, jagalah adab sopan semasa di stadium. Elakkan rusuhan yang boleh menjatuhkan martabat kita sebagai orang Islam. Kalah atau menang itu adalah adat. Akurlah dengan sebarang keputusan yang akan diterima nanti.

Sejujurnya, saya tidak risau siapa kalah dan siapa menang..cuma saya khuatiri akan berapa ramai nanti yang akan tercedera kerana tindakan luar kawalan yang mungkin bakal terjadi. Nauzubillahi min zalik..

Jogho Kelate Jogho..-Kelantan

No comments:

Post a Comment