Monday, November 30, 2009

Kita Akan Menghargainya Bila Kita Kehilangannya


Cerita di TV3 bertajuk Taubat Nasuha pada hari Jumaat lepas. Kisah suami yang panas baran, isteri yang lemah lembut dan penyabar, dan tiga orang anak lelaki. Pada mulanya, tidak nampak bagaimana pengakhiran drama ini. Terasa seperti biasa..seperti drama melayu yang lain.
Di mana nilai pegorbanan? Bagaimana taubat nasuha dalam drama ini? Sebab soalan itu ditanya oleh akal saya pada waktu itu adalah kerana hari ini adalah hari raya Idul Adha.
Selepas sejam setengah, akhirnya kemuncak cerita bermula. Isteri dan anak-anak dibunuh serentak oleh dua orang manusia yang langsung tiada perikemanusiaan. Kalian tahu kan bagaimana kesudahannya? Jadi, saya ingin menghuraikan tajuk di atas sebenarnya. Bagi yang tidak berkesempatan untuk menonton, temuilah saya nanti.
Kita Akan Menghargainya Bila Kita Kehilangannya
Saat itu, air mata ini tanpa segan silu mengalir laju. Terdiam seketika. Waktu itu juga satu mesej masuk. "Salam,awk tgk x taubat nasuha?" Makin laju. Hati kuat mengatakan Ma di kampung bersama lima anaknya yang lain turut menonton drama ini. Moga Ma bersabar.
Mesej drama ini jelas. Bila ada isteri dan anak-anak, seolah-olah tidak wujud. Sibuk dan sengaja menyibukkan diri. Bila telah meninggal, menangis seperti terkena sawan.
Itu lumrah manusia. Kita harus mengubahnya. Hargailah setiap orang yang berada di samping kita...semasa ada, atau tiada. Penghargaan tidak semestinya dengan hadiah ataupun ucapan berbunga-bunga semata-mata (ramai nanti yang pokai sebab kekurangan duit untuk menghargai orang tersayang), tetapi cukuplah sekadar berkata-kata yang baik, patuh segala pesanan mereka, dan mendoakan kesejahteraan mereka. Tidak susah bukan?

Berpesan-pesan ke arah kebaikan dan kebenaran. Sebelum waktu mengubah segalanya. Saya berpesan untuk diri sendiri dan teman-teman semua. Setiap dari kita pernah merasai erti sebuah kehilangan. Jadi, usah persiakan apa yang kita ada sekarang. Manfaatkan sepenuhnya. Jagalah hati mereka yang seharusnya dijaga. Bukan tersalah jaga.

"Semoga dapat apa yang kamu inginkan kerana kamu sudah kehilangan apa yang telah kamu tinggalkan"

Entry ini ditulis sewaktu hati ini sangat merindui seraut wajah..tabahkanlah hati..

5 comments:

  1. sy tgk cite ne memg masa mula2 jln citenye agak mndatar terlelap seketika. pengakhirannya mmbuatkn kita rasa ingn mhargai mereka yg brada disekeliling kita..tp msia sering alpa. bila dh kehilngn baru tersa..

    syurga tmpt isteri yg sentiasa bsabar dgn kerenah suami panas baran, xpnah skali pun trdetik kekesalan apatah lg untuk melawan suami..

    jadikan ia sebagai pngajaran n kesedaran untuk diri kita.. insyaallah

    ReplyDelete
  2. Saya sayang bakal isteri dan anak2 saya selamanya, insyaAllah...

    ReplyDelete
  3. salam..

    to anonymous: insyaAllah..moga kita tergolong dalam golongan hambaNya yang bersyukur.hargailah setiap apa yang kita ada.

    to Healmie a.k.a BuRN: rajin sungguh tuan hamba singgah di sini.tima kasih bnyk2.bakal isteri?mcm dh xlama 2 nk dpt kad wangi.hehe.tahniah..kasih sayang itu anugerah dari Allah yang tidak ternilai.

    hargailah setiap apa yang kita ada..walau sebatang pen yang harganya RM1.

    ReplyDelete
  4. I did not watch d entire movie..
    juz had a lil time 4 d ending..
    most of us,human being will know how 2 appreciate whn v start 2 lose it..

    thus,lets remind each 1 of us
    2 learn how 2 appreciate pple around us
    esp d love 1s b4 v lose it..
    'Time is golden', v never know whn
    r v gonna lose it...
    so start it now.. :)

    ReplyDelete
  5. to penatumpul: maaf la...bkn xnk bls komen ni.tp xbkesempatan.

    btl 2..jd,hargailah akk sblm akk tinggalkan awk.

    ya?

    ReplyDelete