Friday, November 27, 2009

Kenapa Saya Kidal?

Sejak dari kecil, saya sering diajukan soalan ini "Kidal ke? Makan guna tangan kiri jugak ke?"

Pada mulanya, saya tidak merasakan suatu keanehan pada soalan itu kerana bagi saya, kanan ke...kidal ke...sama sahaja. Itu sewaktu usia saya 6 tahun.

Masuk ke sekolah rendah, barulah pandangan saya berubah. Saya pelik. Dalam kelas 1 Hijau, sayalah satu-satunya murid yang kidal. Belajar menulis, mewarna, membaca, menyanyi, dan semuanya. Suatu hari, datang seorang guru..melihat kami menulis cerita ringkas.

Pappp!

Tangan kiri saya dipukul dengan rotan.

"Menulis dengan tangan kanan. Bukan kiri"
Pandangan tajam. Saya diam. Pensel di tangan saya ditukar ke kiri oleh guru tersebut. Mana boleh? Akhirnya, saya berjaya menyiapkan tugasan tersebut secara sembunyi-sembunyi menggunakan tangan kiri saya ini.

Pulang ke rumah, saya menangis. Tanda protes. Salah ke saya kidal? Kata Ma.."Mungkin cikgu tu tak pernah tengok kamu menulis guna tangan kiri. Jangan salahkan dia. Tak baik. Orang yang kidal, tulisan dia cantik tau? Tengok tulisan Wan. Macam nak buat surat cinta. Orang kidal, pandai..macam Kak Han."

Saya diam lagi. Terpujuk dengan kata-kata Ma. Tidak pernah saya meminta untuk menjadi seorang budak yang kidal. Semuanya terjadi tanpa disedari. Sehingga kini, tangan kiri saya mampu melakukan apa-apa kerja. Tangan kanan dimanjakan..untuk menyuap makanan dan letaknya jam tangan. Sehingga kini, saya bangga menjadi orang yang kidal yang diwarisi dari Wan. Namun, tidak kiralah tangan mana pun, bersyukurlah atas kurniaanya.
Fakta menyebut, otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, logik, matematik, dan sains.
Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi, dan kebijaksanaan.
Saya?

12 comments:

  1. Bersyukur kita ada tangan. Kalau tak ada kan lagi susah. Tak kiralah tangan mana yang lebih dominan, asalkan tangan tak digunakan untuk buat dosa.

    Salam Aidil Adha tuan rumah.

    ReplyDelete
  2. Haha comey je citer ni. Terbayang muka Cik Tini masa kecik, camne ye? Hehe :-)

    Salam Aidiladha!

    ReplyDelete
  3. to Pei Pan: Betul,setuju 2.nikmat pancaindera tidak wajar disia-siakan. Semuanya akan dipersoalkan di akhirat nsnti.
    Salam Idul Adha buat saudara juga. Terima kasih atas kunjungan ke sini.

    to Healmie a.k.a BuRN:Cerita comel?haha.
    muka time kecik?secomel time skrg.lalalala.
    Salam Idul Adha.

    to UnWantedStoryteller: banyak la awk pny hot.tp kan...ada group 'Lefthanded'.xde pn group 'Righthanded'.Kah3..

    ReplyDelete
  4. Yes...absolutely correct..
    dats y sis,
    last time i said 2 u
    "adakah kita tertukar course sbnrnya?"..
    :P
    however,im glad of being myself..
    I did TESL tho i might not gud in writing.. ahaks..

    ReplyDelete
  5. u hv a very nice handwriting..
    i did adore on it b4
    in fact till now..
    keep it up sis..

    ReplyDelete
  6. to anonymous: haha akk ingt soalan 2.tp akk sgt bsyukur tidak tercampak ke TESL.jika tidak,tsegal2 la akk nk present tiap2 ari.bkn kepakaran akk la.bcerita ngn askar Nek Ma bleh la.

    bsyukurlah dgn anugerah Allah.kiri ke..kanan ke..manfaatkan dgn sebaiknya.

    nice handwriting?thanks..dlu ada sorg cgu akk, nama dia Cikgu Rahiman..dia slalu suruh akk tulis nama bdk2 kelas dia-tiap2 bln.alasannya tulisan akk cantik.lucu btl ingt ms 2.jd kerani sementara.

    tulisan xpntg..y pntg..apa y ditulis..

    tarikan penamu adikku..

    ReplyDelete
  7. yes..i did remember d story 2..
    it was amaze ryte..?
    i believed,
    its countered too 4 now..
    practce make perfect..

    im trying to dance my pen..
    hehehe..asyik tjatuh je coz tumpul..
    ahakss..

    ReplyDelete
  8. to langkahkuatur: bguslah awk ingt lg cte 2.hehe.

    tak bleh tarikan pena, xpe...tarikan bulu ayam plak.mana tau lbh menarik.

    nk tajamkan y tumpul,mst la kna asah sayang oi..

    ReplyDelete
  9. hahahaha....
    world, Cik Ni said SAYANG 2 me!!!!!!!!!!!
    its great..
    last was during nasi ayam kicap tragedy..
    ahakss..

    nway sis,thx 4 d wordss..
    ll try..

    ReplyDelete
  10. to langkahkuatur: awk nk bgtau 1 dunia ke tragedi nasi ayam kicap 2?haha

    sayang?its co-incidently..

    ReplyDelete
  11. hahaha..
    peolple won understand about it sis..
    dats not a big deal 2 juz mention ns ayam kicap..
    it sounds cute..
    ahakss..

    ReplyDelete