Tajuk je gempak. Hehe. Selepas entry Isteri Seorang Pejuang, saya tertarik untuk membincangkan isu jamaah. Semakin hari, semakin terasa seperti isu ini sangat memudaratkan. Bacalah...Hayatilah..semoga ada sesuatu untuk dikongsi bersama.
Islam itu syumul (menyeluruh). Dari mana pun kita, hanya bertunjangkan Islam yang satu. Penat otak berfikir dan akal mentafsir apabila orang Islam sendiri, yang kononnya faham tentang Islam terlalu taksub dalam jamaah sehingga mengabaikan soal tautan hati dalam masyarakat. Wujudnya puak itu dan ini. Tidak terlintaskah kita semua itu hanyalah wadah bagi merealisasikan impian kita untuk menyampaikan rahmat ke sekelian alam?
Tidak akan dipersoalkan nanti kita dari jamaah mana, namun yang harus dititikberatkan adalah terjalankah amanah yang tergalas dalam jamaah?
Ketaksuban yang melampau-lampau dalam jamaah sedangkan diri masih belum thiqah (percaya) dengan kemuliaan hidup di jalan dakwah dan tidak biasa dengan tabiat di jalan ini akan menimbulkan masalah dan fitnah yang berterusan terhadap Islam.
Kita perlu sedar bahawa penglibatan diri dalam jamaah bukan sekadar untuk mendapat tarbiyah sahaja tetapi menyeluruh. Semua. Penyerahan diri sepenuhnya yang mana segala urusan diri kita diuruskan oleh jamaah demi kesinambungan dakwah. Berbeza jamaah tidak semestinya berbeza fikrah.
Tidak seharusnya kita merumitkan keadaan hanya kerana perbezaan jamaah. Islam itu indah dan ertinya tidak susah! Buanglah sikap ragu-ragu, buruk sangka, tidak berterus terang dan segala penyakit hati yang boleh merosakkan pandangan masyarakat terhadap jamaah.
Berhentilah dari memikirkan soal remeh-temeh sedangkan isu ummah semakin meruncing. Jamaah hanya sebagai wadah dalam kita menyampaikan dakwah. Harus ingat. Itu yang diharapkan dalam pembinaan generasi yang benar-benar faham apa itu Islam.
Maafkan saya andai tulisan kali ini bisa mengguris rasa antara kalian.
Terbinanya cinta dan kasih antara sesama manusia kerana dakwah dan ubudiyah kepada Allah.
1 akidah itu yang utama.
Setuju, lebih2 lagi bab jemaah hanya sekadar wadah. Eh, samalah kita sokong 1 akidah. hehe
ReplyDeleteto healmie a.k.a burn: tau xpe..penat tau x tgk org y mengagung-agungkan jamaah melebihi agama. terkebil-kebil bila wujudnya sistem y rosak. salam 1 akidah!
ReplyDelete1 akidah itu yang utama.
ReplyDeletebesnya kak, jika semua orang faham.
http://sesibur.blogspot.com/
bacalah, terjumpa
to ayu: btl, 1 akidah itu y utama.
ReplyDeleteakk sgt2 bharap n stiasa bdoa smg umat Islam faham akn erti agama & jamaah.
memahami & menilai.
tima kasih..ada aje blog y ayu terjumpa.best!