Tuesday, November 17, 2009

Isteri Seorang Pejuang

Entry ini sepatutnya sudah lama dipamerkan. Namun, kekangan membataskan waktu untuk diluangkan di sini.

Satu:
Sewaktu ke Majlis Ihtifal Taski ABIM, Tuan Penasihat memberitahu "Kalau kamu nak tau, program ni Wak Nan yang uruskan sorang." Saya membulatkan mata. Diam.

Wak Nan..saya mengenalinya di IPD Kuala Selangor. Semasa membuat laporan polis berkenaan Isu Kartika. Lemah-lembut pertuturannya. Gaya seorang ayah, datuk, daie.

Diikuti pertemuan kali kedua dan seterusnya. Saya kagum dengan semangat dan cara beliau berbicara. Ada ketegasan dalam kelembutan.

Mengenali isterinya, Mak Cik Misbah, membuatkan kekaguman saya bertambah. Kecekalan beliau menyiapkan peralatan dan segala-galanya untuk Majlis Ihtifal itu amat bermakna. Wanita setabah beliau bersama seorang pejuang agama. Kata Ustaz Malik, Wak Nan dan isterinya merupakan orang kuat dalam memastikan anak-anak dididik dengan acuan Islam sejak dari kecil. Bermula dari anak-anak mereka mendapat pendidikan di sini, sehinggalah sekarang. Berpuluh tahun lamanya.

Benarlah kata Wak Nan semasa kuliah Subuh yang lalu "Carilah suami, isteri, yang sama-sama jemaah. Dia yang tahu susah senang kita. Bila dalam jemaah kita longgar, masing-masing akan cari jalan untuk kuatkan"

Dua:
Sepasang suami isteri, Ustaz Reza dan Kak Zinnirah. Mereka berdua bersama-sama menjaga anak-anak yatim, anak-anak yang terbiar di Rumah Sentuhan Budi. Kasih sayang dan pengorbanan yang dilakukan demi penghuni di situ memberi motivasi kepada saya.

"Susah nak cari pasangan dan keluarganya yang faham tugas kita. Nak berdakwah,nak buat khidmat sosial dan kerja amal ni. Kefahaman dan keutamaan itu penting."

Saya tersenyum. Ini antara contoh isteri-isteri para pejuang yang saya kenali. Dalam mendamba cinta Ilahi, isteri atau suami merupakan penyokong kuat dalam perjuangan. Kadang-kadang, pabila langkah tersadung atau sumbang, ada orang yang sentiasa bersama.

Entry ini sekadar ingin membuatkan kita semua berfikir. Tiada yang tersembunyi. Kalau mahukan isteri seorang pejuang, jadilah pejuang. Begitulah sebaliknya.

Katakanlah "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul Nya dan dari berjihad di jalan Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. (At-Taubah 9:24)

4 comments:

  1. kak, bacaan berkaitan

    http://muharrikdaie.wordpress.com/2009/10/17/andaikata-jodoh-itu-boleh-dibeli/

    rasa2nya rmi sgt org dah dokrin ayu psl hal ini. cuma kdg2 terfikir, bukankah islam tu sepatutnya didahulukan? kita taksub pada islam, bukan pada jemaah. kalau dapat satu jalur tu bonuslah.

    bukan sng nak jd isteri pejuang. di samping lelaki yg hebat, wujud wanita2 hebat bersama mereka. ibu, isteri dsb.

    semoga allah menyediakan untuk kita suami yg sama2 memegang panji perjuangan Islam.

    que sera sera, what ever will be, will be.
    Let's do our best and let Allah do the rest.

    jzkk kak, take care.

    ReplyDelete
  2. to ayu: wah,komen adik akk y sorang ni mmg bernas. itu la pasal. taksub dgn jemaah sdgkan agama terabai, ukhuwwah cerai-berai.

    btl,di sebalik kehebatan seorang suami,ada seorang wanita y hebat bersamanya. teringat kata-kata Siti Raham, isteri Buya Hamka.."Saya diminta berpidato, tapi sebenarnya ibu-ibu dan bapa-bapa sendiri maklum bahawa saya tidak pandai berpidato.Saya bukan tukang pidato seperti Buya Hamka.Pekerjaan saya adalah menyediakan tukang pidato, sejak dari memasak sehinggalah menjaga kesihatannya.Oleh kerana itu, maafkanlah saya kerana tidak boleh berbicara panjang"

    smg doa kita utk mjadi isteri kpd pejuang y mmegang panji Islam akn termakbul.ameen.

    take care utk ayu jgak. sekolah rajin2.nnt bleh beli coklat utk Afiqah.

    ReplyDelete
  3. Tersenyum baca komen dua orang ni :-)

    ReplyDelete
  4. to healmie a.k.a burn: kenapa tersenyum? komenlah supaya saya tahu apa yang saudara 'senyumkan'.

    ReplyDelete