Ujian itu hadir bagi hambaNya yang sabar..itu hakikat hidup. Ingatan saya singgah pada seorang teman, murabbi kami, Saudari Adibah binti Ali. Kenapa saya ingin bercerita mengenainya? Kerana ada sesuatu di antara waktu.
Adibah telah mengalami kemalangan semasa pulang dari perkhemahan. Kereta yang dipandunya telah berlanggar dengan sebuah kenderaan lain. Beliau cedera parah. Kedua belah kakinya patah. Ada hentakan di kepala. Itu kejadian pada 9 Zulhijjah (sehari sebelum Idul Adha).
Berita kedua diterima pada hari Selasa yang lalu: Ibu Adibah telah meninggal dunia. Innalillahi wainna ilaihi raji'un. Menitis air mata saya waktu menerima mesej dari seorang teman mengkhabarkan tentang pemergian ibu Adibah. Beliau diuji dalam ujian..
Di sebalik kejadian-kejadian seperti itu, terselindung hikmah yang tidak dapat ditafsirkan oleh akal. Alangkah bertuahnya mereka yang ditimpakan ujian oleh Allah, tetapi redha dengan ketentuanNya kerana tidak ramai daripada kita yang didatangkan ujian dariNya sedangkan Allah menjanjikan amalan yang baik bagi mereka yang tidak merungut.
"Mungkin kita diuji dari sudut yang berbeza"- kata adik
Ya, ujian kita berbeza. Sejauh mana mampu kita menggalasnya? Andai tidak boleh bangun pagi untuk ke kuliah kerana kepenatan dan mengantuk, usah dikata itu sebagai ujian. Itu adalah 'nafsu' yang menguasai kita. Fahami erti ujian yang sebenar.
Berhentilah mengeluh apabila ditimpa ujian. Seharusnya, kita berfikiran positif dan mengambil inisiatif supaya ujian yang hadir tika itu mampu membuatkan jiwa kita lebih tenang dan dekat denganNya.
Saya berpesan kepada diri ini dan semua
Adakalanya kita terleka dengan nikmat kurniaan Allah
Ujian wajar dijadikan medan muhasabah
Sabar,redha,tawakkal,bersangka baik kepadaNya,tanda kita hamba yang lemah
Jangan kerana kejahilan kita, musibah yang melanda menjauhkan dan menjarakkan diri kita dengan Pencipta. Bersyukurlah...ujian tanda kasih sayang Allah. Ujian adalah pensyarah yang tidak bercakap, tetapi sentiasa mengajar dan mendidik.
"Sesungguhnya diberi ganjaran kepada orang yang sabar adalah pahala tanpa hisab"
Al-Zumar: ayat 10
Ketika diuji dengan 1 ujian, ingatlah pada 1001 nikmat kurniaanNya yang masih ada dengan kita. Jadi, mengapa harus mengeluh?
Salam,
ReplyDeletetolong sampaikan salam takziah saya kepada Adibah sekeluarga. Semoga roh arwah tenang di sana. Al-Fatihah.
Healmie a.k.a BuRN: wsalam..insyaAllah akn saya sampaikan.Ameen.Al-Fatihah..
ReplyDelete