Tuesday, February 2, 2010

Bila nak jelaskan hutang?

Tergaru-garu kepala mengenangkan hutang PTPTN yang bakal dibayar nanti. Fuh, banyak sungguh! Bagaimana nak bayar? Bila? Sempat ke setel sebelum meninggal dunia? Ataupun, hidup ini hanya untuk jelaskan pinjaman itu sahaja?


Itu baru hutang dengan PTPTN...belum lagi dengan manusia. Hutang dengan Allah? Hutang nyawa? Berpinar biji mata agaknya andai dihitung semua hutang itu.

Renungkan sejenak...hutang nyawa kita dengan Allah. Sejak dari kecil hingga kita berada dalam umur sekarang. Berapa kali Allah selamatkan nyawa kita yang sudah berada di hujung tanduk? Sedar atau tidak? Terselamatnya kita sewaktu dalam keadaan yang hampir meragut nyawa kita bukanlah suatu kebetulan, tetapi suratan dan ketentuan. Bacalah perkongsian ini andai kalian tidak pernah terasa Allah pernah menyelamatkan nyawa kita. Moga-moga kita tersedar dan kembali menghambakan diri kepada Dia yang telah banyak memberi 'nyawa' kita kembali.




Peristiwa:
Waktu itu, saya berumur 6 tahun. Banjir di kampung kami merupakan nikmat alam yang sangat menyeronokkan. Air yang hampir mencecah lantai rumah telah menyebabkan Ma tidak membenarkan kami bermain-main. Tapi, mungkin kerana kedegilan dan kenakalan sewaktu kecil telah membuatkan saya mengingkari kata Ma.

Seronok bermain! Saya cuba meniru aksi abang-abang yang berenang seperti perenang negara. Satu, dua, tiga..Duppp!!! kepala saya terhentak di pagar simen rumah makcik. Saya terselam ke bawah. Bergelen-gelen air bah saya telan. Suasana gelap. Meninggalkah saya? Syukur, di waktu itu abang menyedari 'kehilangan' saya dan berpakat dengan teman-temannya untuk mencari saya. Alhamdulillah, saya masih bernyawa hingga ke saat ini. Hutang nyawa saya dengan Allah..

Peristiwa-peristiwa lain seperti hampir dipatuk ular tedung, kemalangan jalan raya, demam panas, dan lain-lain juga telah Dia selamatkan. Itu baru hutang nyawa, belum lagi soal lain. Ada banyak hutang saya dengan Allah..kalian?

Terjemahan dan tafsiran ayat 17-30 surah An-Naba' telah menjelaskan tentang golongan yang melampaui batas, tidak peduli akan balasan Allah,tidak takut akan hari kiamat, dan mendustakan ayat-ayat Allah. Mungkinkah kita tergolong dalam golongan yang disebutkan itu?
Derhakanya kita andai kita adalah orang-orang itu! Begitu banyak peluang hidup telah Allah kurniakan pada kita, tetapi kita masih berlagak, masih merasakan diri yang terhebat.

Ambillah pengajaran daripada umat-umat terdahulu sebelum kita. Keampunan Allah itu luas. Tidak pernah memilih antara yang cantik atau buruk, miskin atau kaya, sempurna fizikal atau cacat.

Jangan berlengah lagi! Lunasi hutang-hutang itu secara beransur-ansur iaitu melalui amal ibadah kita di dunia ini. Moga-moga bila di akhirat nanti, cepat hitungannya. Nak tak?

5 comments:

  1. Sifat pengasih dan penyayang Allah memberi kita segala. Tapi sifat pelupa kita melupakan Allah pemberi segala. Lupa hinggakan dirasakan apa yg dimiliki ini milik kita semua. Sehingga suatu hari Allah mengambil balik apa yg di beri nya. Kalau lupa nikmat mata yg Allah bagi ini, cuba lihat orang buta yg sedang melintas jalan itu.

    ReplyDelete
  2. salam...just read your blog link from the fb...hehehe..bintang timur...still with the name yg penuh dengan tinta idea penulisan...keep it up..nice blog sis...just me...munir

    ReplyDelete
  3. school of tots: thanks for ur visits. betul tu. ingat mengingati, nasihat-menasihati suatu keindahan dalam ukhuwwah. nikmat Allah kadang-kadang menjadikan hambaNya kufur. moga kita sentiasa terpelihara dalam rahmatNya.

    Anonymous: wsalam.tima kasih sudi jenguk 'rumah' ni dari jendela fb.insyaAllah, pena ini akan terus menari. doakan yang terbaik ya? maaf sgt2 xtau siapa munir ni.kalau xkberatan,pls tell me abt urself.ziarah lagi ya..

    ReplyDelete
  4. salam....munir tu kak munir la..munirah...adei...takkan tak kenal kot kat FB me as ruhil syazrina...hehhee...

    ReplyDelete