Sunday, March 21, 2010

SUKA HATI @ SUKARELA

“Kak, diorang kata diorang tak nak datang sebab ni kan kerja sukarela. Maknanya ikut suka lah nak datang atau tak” kata A.

Mula-mula berdesing juga telinga ini, tapi cepat-cepat saya neutralkan kembali perasaan yang ada. Saya tergelak. Ketawa terbahak-bahak.

Belum pernah lagi saya terfikir ada orang akan memberi jawapan ‘sebernas’ itu. Sabar jelah!

Kemungkinan besar ini adalah kekeliruan antara suka hati dan sukarela. Dicampur, didarab, dibahagi setelah ditolak berkali-kali, jadi terhasillah kombinasi kedua-dua ‘suka’ itu.

Saya tidaklah pandai sangat Bahasa Melayu ini. Cikgu Bahasa Melayu saya dulu, Cikgu Hasmat Abdullah selalu sangat komen tentang saya. Katanya, saya kurang fokus dalam subjeknya, kerap membantah dan suka menggaru-garukan kepala pabila ditanya.

Tapi, atas didikannya saya sering mewakili sekolah dalam program melibatkan Bahasa Melayu dan Pelajaran Agama Islam. Jadi, kembali kita kepada topik tadi.

Suka hati: senang hati, melakukan sesuatu tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak (senang cerita: lantaklah nak buat apa)

Sukarela: mengerjakan sesuatu tanpa paksaan orang lain BERDASARKAN minat, kesungguhan, dan rasa amanah / tanggungjawab yang ada dalam diri dalam mengharapkan keredhaan Allah.

Sejuk tak hati bila dengar kawan-kawan cakap “Saya sukarela buat kerja-kerja ni”?
Membara tak jiwa raga bila dia berkata “Suka hatilah saya nak buat ke tak.”?

Renung-renungkan dan selamat menjalankan kerja sukarela. Ramai yang tahu, tapi jarang yang mampu. Nak masuk syurga senang tak? Perlukan usaha. Jadi, jangan senang-senang hati menyamakan maksud perkataan yang ada dalam perbendaharaan Bahasa Melayu sebab bahasa ibunda itu unik.

Kalau tak sudi, katakan tidak. Bukan dengan memutar belitkan fakta. Ngerti?

Hadith ke 1080 Bab ke 13 dalam Kitab Jihad Ringkasan Shahih Muslim menyebut:

Umar Ibn Khattab r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya amal perbuatan itu tergantung pada niatnya, dan seseorang akan menerima balasan sesuai dengan apa yang diniatkannya. Barangsiapa berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya demi keredhaan Allah dan RasulNya. Barangsiapa berhijrah untuk mendapat keduniaan atau untuk memperoleh wanita yang akan dikahwininya, maka hijrahnya adalah untuk apa yang dimaksudkannya sahaja”

2 comments:

  1. Salam. Kak, saya sangat tertarik dengan entry akak yang ini. betul kak. Ramai yang beranggapan kalau sukarela, sukatilah nak datang ke tak. kadang2, sakit hati gak kalau ada kwn2 kita pun jawab mcm yang budak tu cakap.

    tapi tulah, susah nak menerangkan kat mereka ni. harap la mereka terbaca post akak ni. terima kasih tau atas info ni.

    =)

    ReplyDelete
  2. wsalam...pertama sekali, tima kasih sbb sudi menyinggah di sini. haha

    sangat tertarik? i like it..

    betul, kadang2 cakap ikut sedap mulut tanpa pikir apa perasaan orang ni bahaya..

    jangan salah faham istilah2 BM.
    perkayakan bahasa!!!

    ReplyDelete