Friday, June 11, 2010

Soal Jodoh

Beberapa bulan lagi saya bakal menamatkan pegajian di kampus. Tipulah kalau saya katakan saya tidak pernah memikirkan soal jodoh pertemuan yang telah diatur Allah. Saya juga manusia, ada hati, perasaan apatah lagi.

Masih terlekat dalam ingatan, sewaktu saya di Tingkatan 4. Kelas Bahasa Arab Tinggi yang diajar oleh Ustazah Ngatim Sarjimam (ibu angkat saya) membicarakan soal jodoh. Katanya “Saya tahu siapa yang paling awal akan kahwin antara kamu semua yang ada dalam kelas ini”…kami teruja ingin mengetahui siapa orangnya. Lantas ibu jarinya dituju kepada seorang gadis di hadapannya. Saya!

Waktu itu, saya memang tak berpuas hati..mana mungkin saya orangnya.
Sekarang…saya mahu tergelak kerana impian Ustazah Ngatim belum tercapai. Teman-teman sekelas dan sebaya seorang demi seorang melangkah ke jinjang pelamin. Tidak terkecuali yang sudah menimang cahaya mata. Saya? Masih di sini mencari rentak hidup.
Saya manusia normal, jangan risau…Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk saya dan semua. Saya tidak pernah menjadikan soal jodoh sebagai suatu perkara yang membebankan buat masa sekarang.

Memang ada usik-mengusik daripada saudara-mara.
Tapi Ma, Kak Han, Abang Zul, Abang, Kak Ti, Abang Mie, Fikri, dan Adik masih belum membuka mulut tentang soal ini. Jadi, saya merasakan jodoh belum lagi keutamaan buat saya. Cuma suara-suara bising cucu-cucu Nek Ma bertanyakan bakal Pak Cik mereka yang adakalanya membingitkan telinga.

Sedikit perkongsian yang saya ingin bicarakan bersama anda sekalian, usahlah berkata “mesti kes jual mahal, sebab tu la takde sape berani nak dekat.”…mahal atau murah siapa yang tentukan? Anda? Tidak bukan?

Jodoh pertemuan semuanya telah ditentukan oleh Allah, tugas kita adalah berusaha. Usaha yang didefinisikan di sini bukanlah dengan ‘jual murah’ atau ‘lelong’, tapi melalui usaha. Kembali kepada fitrah kita, Islam mengajar adab dalam pergaulan, merisik, suka, mencintai, hatta dalam hubungan suami isteri pun telah tersedia adab yang perlu kita patuhi.

Berhentilah menyalahkan kelemahan orang lain atas dasar ‘perikemanusiaan’. Allah s.w.t. sendiri telah berjanji bahawa diciptakan makhluk di Bumi ini berpasang-pasangan. Sihat-sakit, muda-tua, kaya-miskin, dan lelaki-wanita.

Tertarik nak kongsikan dengan semua tentang soal ini:

Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberikan kepada seseorang yang boleh bergelar suami, pilihlah seorang lelaki yang;
1.Kuat Pengamalan Agamanya
Ukuran boleh dibuat apakah dia menjaga sembahyang fardhunya biar sesibuk mana, kerap berjemaah dan sembahyang pada awal waktu.Ukur juga, apakah dia menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang sopan terutama sewaktu bersukan.Mengutamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. kerana baginda menerima pinangan Sayidina Ali, seorang pemuda paling miskin tetapi paling bertakwa untuk menjadi suami anaknya, Siti Fatimah.

2. Baik Akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dengan sopan kerana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. Rasulullah s.a.w. bersabda; "Jika (seorang lelaki) datang (untuk meminang anak perempuanmu) dan kamu berpuas hati dengan agamanya serta akhlaknya,nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu kamu tidak lakukan maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang amat luas."

3. Tegas Mempertahankan Maruah
Ukur, apakah dia pernah pergi ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya seperti ke tempat-tempat hiburan yang penuh dengan maksiat.

4. Amanah
Selidiki, apakah dia seorang yang tidak pernah mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya atau apakah dia pernah menyalahgunakan kedudukannya.

5. Tidak Boros
Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yang tahu membelanjakan wangnya dengan bijaksana. Nikmat yang ada padanya seperti makanan boleh dikongsi sama dengan orang-orang lain yang berhak.

6. Tidak Mengelingas Matanya
Perhatikan apakah matanya kerap mengelingas ke arah perempuan lain yang lalu-lalang sewaktu berbicara. Jika begitu, dia seorang yang bermata keranjang dan berbahaya untuk disenaraikan calon suami.

7. Terbatas Pergaulan
Dia tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah menjadi fitnah orang.

8. Siapakah Rakan Pergaulannya
Rakan-rakan pergaulan adalah yang sama sepertinya.

9. Bertanggungjawab
Rasa bertanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh manakah dia menguntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika dia seorang yang agak berada tetapi keluarganya hidup susah,dia bukanlah seorang yang bertanggungjawab.

10. Tenang wajahnya
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Perhatikan, apakah wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dia seorang yang kelam-kelibut dia bukanlah calon suami yang anda cari-cari.

p/s: Buat saya, berpadalah andai dia baik agama & akhlaknya. utk menjadi imam buat saya dan keluarga.

2 comments:

  1. Saya juga selalu ditanya soalan ini
    Jadi entri ini membantu saya.
    =)

    ReplyDelete
  2. bagus2...kita perlu memilih, cuma jangan terlalu memilih.

    ReplyDelete