Saturday, May 22, 2010

Antara Zakat & Cukai

Bercerita soal zakat..kerana saya mula bertapak di Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), Lembaga Zakat Selangor. Bermula 17 Mei sehingga 27 Ogos. Semoga ada rezeki di mana-mana selepasnya nanti.

Saya yang mempunnyai tahap Bahasa Arab paling 'bagus' sangat rasa terkesan pabila tercampak ke Bahagian ini.Banyak istilah2 yang perlu dihafal dan dipelajari. Hari Pertama saya di sana sangat menarik. Begini rupanya keadaan bila berkerjaya. Hehe

Timbunan buku diletakkan di meja saya. Petanda bahawa saya harus menghadam maklumat-maklumat berkaitan dengan zakat sebelum meneruskan kayuhan sesi praktikal ini. Laporan tahunan sebelum ini saya belek satu persatu. Jika ada yang menggusarkan rasa, terus saya tanyakan pada Kak Zimah (ketua jabatan) kerana saya berkongsi bilik dengannya.

Antara naskah yang telah dibaca adalah Fatwa Sistem Pengurusan Agihan Zakat Negeri Selangor, Himpunan Majalah Asnaf, Kertas Kajian Had Kifayah Fakir/Miskin, dan Laporan Pengurusan Zakat Selangor.

Pada mulanya agak terbeban seketika, tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan sokongan daripada senior-senior R&D banyak membantu. Saya menganggap ini adalah suatu cabaran yang harus dihadapi dengan berlapang dada.

Penjelasan tentang zakat semakin terang. Di unit ini, saya banyak bermain dengan data, analisa, borang survey, dan turun ke lapangan.

Tugasan yang diserahkan kepada saya pada minggu ini adalah mengasingkan jumlah pembayar zakat mengikut daerah-daerah di Selangor, menyiapkan data untuk Gap Analysis (projek utama saya sewaktu di sini), dan mengagihkan borang kajian kepada mereka yang berkerjaya.

Borang Kajian tersebut adalah berkenaan kefahaman masyarakat tentang zakat dan cukai. Sejauh mana penilaian yang bakal dianalisa adalah bergantung kepada jawapan yang diberikan oleh masyarakat. Di sini juga kita akan jelas berkenaan keutamaan mereka dalam membayar zakat dan cukai.

Semoga analisa ini akan memberikan suatu titik tolak dalam membangunkan institusi zakat di Selangor. Berbicara soal ini bukan kerana saya bekerja di LZS, tetapi kerana perkongsian ilmu yang saya baru sahaja pelajari untuk kemaslahatan umum.

Jadi di mana keutamaan kita sebenarnya? Zakat atau Cukai?

3 comments:

  1. Zakat lah !

    Tapi kalau tak silap duit kita bayar zakat tu leh potong duit cukai kan ?

    contohnya ,

    Cukai kena RM5
    Zakat RM1


    kita dah bayar zakat RM1
    Maknanya kita bayar cukai RM4 kan ?

    ReplyDelete
  2. Salam,
    pasni leh r tanya pasal zakat kat blog ni yer? hehehe

    Touyakamura: yup, boleh wat potongan cukai dgn resit pembayaran zakat.

    p/s: dah ziarah 'rumah' baru saya: moharz? silakanlah bagi pndpt ye =)

    ReplyDelete
  3. touyakamura: bagus...setuju dgn kamu. nnt akan ada post ttg had kifayah. pjelasan ttg status kita. layak atau tidak utk terima zakat.
    terima kasih ats komen.

    mie: boleh aje...insyaAllah.

    ReplyDelete