Isnin malam: perut sebelah kanan saya terasa sakit. Mencucuk. Cuba ditahan kerana risau mengganggu ketenteraman jiwa. Sakit ini pernah saya alami sewaktu di tingkatan 4 dahulu, selepas sesi latihan kawad kaki Puteri Islam. Waktu itu, sakit perut, muntah, cirit-birit datang serentak. Sehingga lembik badan ni. Kata doktor, itu simptom apendiks. Alhamdulillah, tidak berlarutan sehingga membawa kepada pembedahan.
Tapi bila sakitnya berulang pada hari Selasa lepas, saya memang tak sedap hati. Ke ofis dengan muka tersengal-sengal kerana sakit. Pesan teman-teman di ofis supaya saya lekas ke klinik. Pastikan sakit itu. Jangan ditangguh lagi.
Balik dari ofis, saya ke Klinik Najat berhampiran rumah sewa bertemankan Rahmah. Ma di kampung tidak saya maklumkan. Risau akan kerisauannya.
Selepas sesi menge'check', kata tuan doktor "Awak banyak sangat makan ni. Kurangkan makan sikit. Jangan terlalu kenyang. Sekarang ni kamu praktikal dan dalam proses buat project paper, kena pandai bahagikan masa. Waktu tidur, tidurlah. Banyak perkara yang kamu terlalu fikir sampai kamu pressure. Ingat, sistem penghadaman berkait rapat dengan perasaan kamu."
Saya angguk. Lesu. Tapi lega.
Rahmah yang turut menemani saya di Bilik Rawatan tergelak besar. Saya disuruh kurangkan makan. Hadeiii...
Benar, saya sangat tertekan kebelakangan ini. Mungkin kerana tekanan itulah saya jadi begini. Silap saya sebenarnya.
Banyak perkara yang seakan-akan datang tanpa diundang, melewati bait-bait sepi dalam relung hati. Kedatangan perkara-perkara itu di kala saya belum bersedia menerimanya membuatkan saya lekas tersentuh. Banyak bermonolog daripada berfikir. Mencari dan bermuhasabah yang pernah saya lakukan sebelum ini. Mungkin ini kifarahnya.
Bila begini, saya rasa bahawa saya tidak boleh terlalu rapat dengan sesiapa pun. Sekadarnya saja. Kerana saya akn mudah menitiskan air mata pabila orang yang saya sayang mencalar luka di hati. Lebih-lebih lagi sahabat baik dan keluarga.
p/s:Bila Ustazah Hafizah Khusni bertanya "Awak bila lagi?"...tetiba stress lagi.haha
No comments:
Post a Comment