Wednesday, August 11, 2010

Pecutan Terakhir ke Garis Penamat

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk saya menamatkan latihan industri di Lembaga Zakat Selangor. Seronok dan hiba bercampur baur. Tinggal saya seorang sahaja lagi yang masih belum membuat pembentangan berkenaan projek praktikal saya. Program-program Haddul Kifayah dan Agihan Puasa dan Raya bersilih ganti dan menyukarkan saya untuk mencari waktu yang sesuai bagi menemukan dua orang supervisor saya: Cik Manisah (Academic Supervisor) dan Kak Zimah (Industrial Supervisor).

InsyaAllah, 23hb Ogos nanti saya akan membentangkan projek praktikal di hadapan mereka berdua dan semua staff R&D. Semoga berjaya!

Banyak pengalaman yang saya peroleh sepanjang menjalani latihan industri di sana. Bagaimana bercakap dengan staff-staff yang sudah berkebolehan? Bagaimana perlu ada multi-purpose people dalam syarikat? dan macam-macam lagi. Semua itu amat saya tagih kerana menjadi manusia yang mudah berpuas hati bukanlah motto hidup saya. Setiap hari, saya cuba belajar satu benda baru yang boleh saya manfaatkan untuk semua.

Pada mulanya, rasa ragu dan kecewa kerana keseorangan itu ada. Tercampak keseorangan ke sini. Tapi kerana sudah terlalu biasa ditinggalkan, saya redha. Alhamdulillah, saya berjaya melepasi segalanya dengan baik walaupun agak kekok pada mulanya.

Saya bahagia di sini. (cewahhh)

Semua orang menganggap saya seperti staff di sini. Tiada perbezaan antara semua orang. Itu yang saya belajar. Melayan orang sama rata, tidak kira siapa mereka. Cara itulah yang mereka terapkan apabila berkomunikasi dengan asnaf. Apatah lagi fakir dan miskin.

Pendapat saya diterima pakai dan sering berdiskusi dalam pelbagai hal sangat saya hargai. Saya tidaklah hebat dalam memberi pendapat, dan atas sebab itu..saya perlu mengkhatamkan semua bacaan sebelum diskusi dimulakan. Seperti usrah.

Saya belajar segalanya di sini. Tidak keterlaluan jika saya katakan tarbiyah daripada usrah dan tamrin yang saya ikuti sebelum ini merupakan landasan saya untuk menjadi seorang yang lebih kuat dan tabah. Tak tipu. Cubalah..

Yang dahsyat: Suatu hari, saya tergesa-gesa naik ke Tingkat 3 untuk mengambil wang. Dengan cepat, saya melangkah masuk ke lif untuk turun ke tingkat bawah. Tersandar di tepi lif kerana kelelahan terkejar-kejar. Sampai di tingkat bawah, saya terus keluar. Gedebuk!!!
Kemalangan berlaku. Saya terlanggar seorang staff yang biliknya sebelah bilik K'zimah. Muka saya merah padam. Masing-masing diam dan tunduk. Hadeiii. Saya terus keluar dan berlalu dari situ. Bermula hari itu, kami sering terserempak. Secara automatik, masing-masing menunduk malu. Sekarang, dia sudah melupakan hal itu rasanya. Kerana dia sudah berani mengusik saya di depan orang ramai. Biarlah, asalkan tidak melampaui batas sudah la.

Usikan-usikan daripada mereka sudah terlalu biasa buat saya. Adatlah, bila masuk kandang kambing mesti mengembek.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk berlalu dari sini. Terima kasih buat semua. Terutama sekali K'Zimah, K'Nik, K'Zai, Ustaz Farid, Lina, K'Yatt, Ustaz Samad, K'Niza, K'Dila, En.Ikhwan, En.Saifullah, K'Linda..dan semua. Tak terkira nak mengira semua orang. Hehe

2 comments:

  1. akhirnya,tercoret entri baru...
    staff tu laki ke perempuan?heheh..

    ReplyDelete
  2. haha sbb free skrg. laptop pn mood baik.
    lelaki. namanya En.Izzudin.Pegawai Bhgn Koperasi.Still single & dunno if available or not. mau ka?

    ReplyDelete