Wednesday, September 8, 2010

Idulfitri Bukan Sekadar Dirai



Rasulullah s.a.w. bersabda "Setiap kaum ada perayaan, dan ini adalah perayaan kita."

Hadith ini jelas menunjukkan bahawa Hari Raya Idulfitri merupakan suatu ibadah jika dirayakan berlandaskan agama & sunnah. Seringkali, hari raya dikaitkan dengan kemenangan. Kemenangan menahan diri daripada lapar dan dahaga sepanjang sebulan di bulan Ramadhan. Bukan setakat itu sahaja, kejayaan itu adalah untuk mereka yang berjaya mengawal diri daripada melakukan perbuatan keji & mungkar bagi mengelakkan puasa terbatal.

Berlalunya Ramadhan menandakan berlalunya peluang terbesar kita untuk meningkatkan status diri kita di sisi Allah s.w.t., maka BERSEDIHLAH!

BERSEDIHLAH kerana:
  • Ramadhan mungkin tidak lagi menemui kita
  • Menyambut Hari Raya tanpa Ibu Bapa dan sanak saudara
  • Kelemahan diri kita yang belum mampu diubah walaupun telah dihadirkan Ramadhan berkali-kali

BERGEMBIRALAH kerana:
  • Kejayaan kita kembali kepad fitrah kita yang suci dari dosa
  • Melihat semua umat Islam merayakan Idulfitri dengan takbir dan istighfar
  • Hati-hati bertaut kembali, saling menziarahi, hadiah-menghadiahi
  • Kemuliaan yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t.
Moga lebaran ini dapat menjadikan kita seorang manusia yang istiqamah dalam menjalankan tugas dan amanah sebagai hamba & khalifah di muka bumi ini.

Allahu Akbar!

Allahu Akbar!

Allahu Akbar!



No comments:

Post a Comment