Monday, November 1, 2010

Bila nak makan nasi minyak?




Sejak saya bergelar ‘bukan pelajar’ secara rasminya, bertalu-talu soalan daripada saudara-mara dan kawan-kawan berkenaan jodoh. Mula-mula saya menjawab lebih kepada ‘main-main’, tapi bila dah sampai ke pengetahuan Ma, hal ini jadi serius. Hadeiii… (ada sape2 suruh kau main-main ke Wan Ritini?)

Saya tidak pernah lari daripada menjawab soalan ini. Tapi, bila saya menjawab, semua orang buat muka tak puas hati seolah-olah saya lari dari realiti.

Saya tidak menidakkan kehadiran seorang lelaki dalam hidup saya (bukti saya umat Rasulullah), tapi serius calonnya masih belum ada. Saya tak pernah berkecil hati pun bila belum ber’couple’ (jelas hukumnya haram), tapi saya sangat sedih & terguris bila majoritinya berkata “Dah kamu tu jual mahal, lelaki mana yang nak dekat..”

Oh….jual mahalkah saya? Seringkali saya bermuhasabah memikirkan ‘mahalnya’ saya. Haruskah ‘jual murah’ itu dengan tergedik-gedik? Soft spoken tiba-tiba bila berdepan dengan lelaki? Berhias diri atau pakai baju ketat-ketat untuk tontonan bukan muhrim?

Tertekan!!!

Sedih bila melihat gadis-gadis yang sanggup berhabis duit semata-mata ingin kelihatan cantik di mata sang jejaka.Takde duit takpe, asalkan bergaya. Pakai ikut trend semata-mata ingin dipuji oleh khalayak, barulah dikatakan up to date dalam berpakaian.

Saya bukanlah orang-orang seperti itu.

Pencarian jodoh saya bukanlah mengarut-ngarut seperti program ‘Mencari Cinta’ apatah lagi ‘Gadis Melayu’ kerana saya tidak menjual maruah orang apatah lagi diri sendiri.
Saya mencari… “Lelaki yang boleh menjadi imam untuk saya dan anak-anak. Kalau ada orang yang datang merisik, Ma tanyalah tentang solatnya” ucap saya pabila Ma katakan ada ‘pihak’ yang bertanya khabar tentang saya.


Saya sangat gembira bila teman-teman sudah punyai teman hidup, sudah punyai zuriat...kerana saya tahu, itu rezeki mereka. Allah percepatkan jodoh mereka, tapi untuk saya Allah tanggungkan dulu mungkin kerana itulah yang terbaik untuk saya.

Segelintir teman-teman marah apabila saya katakan tentang perancangan hidup saya pada tahun hadapan untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana. Rata-ratanya tidak menyokong dan berpendapat bahawa perkara itu akan lebih menyukarkan saya untuk mendapat jodoh. Allah!

Sekarang ni, saya nak semua orang berfikir…adakah apabila saya tidak menyambung pelajaran, jodoh itu akan datang tiba-tiba? Duduk berpangku tangan menanti ada Sang Putera datang dengan kudanya? Naifnya saya andai begitulah keadaan saya nanti!

Percayalah, saya tidak menidakkan perasaan cinta dalam hati. Saya juga mahu dalam hati ada taman. Tapi, siapa yang mampu menghalang kehendakNya? Saya bukanlah barang yang boleh dijual murah atau mahal, bukan juga perhiasan yang boleh dipakai buang sesuka hati. Saya adalah seorang perempuan yang masih punyai maruah dan harga diri.

Seandainya telah sampai waktu untuk saya berumah tangga, saya terima dengan hati yang terbuka. Jikalau belum tiba saatnya, itulah yang terbaik dariNya.

Tolong mengerti bukan buat-buat tak reti. Ada mulut untuk dijaga, bukan mencerca tak tau masa.

Sesungguhnya, rahsia langit tak siapa tahu.

5 comments:

  1. Ah soalan begini juga kerap saya terima.
    Jawapan kita biasanya kanda tak mampu memuaskan sesiapa.

    Jutaan tahniah saya doakan kepada kanda kalau kanda berjaya menyambung pelajaran ke sarjana, kerana ialah impian saya ketika kecil. Sekalung doa saya sertakan mudahan Allah melorongkan jalannya.

    ReplyDelete
  2. Bila nak makannya?
    Jom, kita terjah restoran mana-mana yang best..hehehe...
    InsyaAllah, ada yang sedang menanti...

    ReplyDelete
  3. Shuhada Shah: insyaAllah, mcm 2 la planning nya. harap2 menjadi la..klu ada lg org bertanya psl jodoh, lempang aje dia laju2 (haha, jgn buat!)
    maafkanlah mereka. dorg xtau, mgkn dorg excited nk tgk kita bahagia.

    Sedari: Cewah..mencemar duli ya. Itu la, sy pn ingt nk menjamu makhluk2 Tuhan y bertanya 2 ngn nasi minyak. kasi kaw sket bg air sirap suam.haha
    jom kita mkn nasi minyak..sedap 2.

    ReplyDelete
  4. huh, sodap tu..memang ngam...
    saya pun da lama tak buat nasi minyak ni..
    hahha

    ReplyDelete
  5. jom...awk tlg masak, sy tlg mkn. keh3
    nasi minyak mmg sodap. tetiba kecur liur lak.
    awk la ni..

    p/s:smlm sy mmp awk dok try2 kasut kt Jusco. haha

    ReplyDelete