Thursday, December 9, 2010

Jika suatu hari nanti, aku seorang Ibu


Akan ku didik anak-anakku menjadi anak yang kenal Allah sebagai tuhan mereka, taat kepada ibu dan ayah mereka.

Akan ku kenalkan mereka dengan semua ahli keluarga, supaya mereka tidak lupa asal usul mereka, supaya mereka tahu silaturrahim itu apa. Aku mahu mereka mengenali teman-temanku yang selama ini bersama-sama berjuang untuk mengenal erti hidup.

Akan ku bawa mereka mengenal sekolah dan universiti tempat aku belajar..supaya mereka tahu itulah tempat yang menjadikan ibu mereka sebagai seorang manusia, agar mereka tahu itulah tempat jatuh bangun ibu mereka dalam menggapai impian. Aku mahu mereka punyai impian & bukan sekadar angan-angan

Akan aku menjadi teman yang baik di sisi mereka, susah atau senang seperti yang telah aku rasai sepanjang kehidupan ini bersama arwah datuk & nenek mereka. Menegur dengan cara berhikmah, menjadikan mereka sahabatku, menyayangi & mengasihi mereka seperti mana kasihnya kedua orang tuaku terhadapku, dan segalanya.

Aku mahu mereka menjadi khalifah Allah melalui kesusahan, kerana kesukaran itu adalah pengalaman terbaik & terindah buat manusia yang mahu berjaya.

Ingin sekali aku biarkan mereka memilih minat & masa depan masing-masing asalkan tidak melanggar adab & batas sebagai seorang muslim.Biarlah mereka menjadi generasi penyambung risalah perjuangan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat.

Aku tahu, aku bukanlah ibu yang terbaik buat mereka & kerana itu, aku harus berusaha memberikan yang terbaik buat mereka. Anugerah yang tergalas itu merupakan suatu amanah dari Allah, tanda kasih sayangNya padaku.

Persoalan siapa bakal ayah mereka biarlah tidak terjawab di sini kerana aku juga belum mengenali siapa dirinya. =)

3 comments:

  1. Terharu saya baca
    Kandaku,
    kamu akan jadi seorang ibu yang baik
    Insyaallah.

    ReplyDelete
  2. Masya ALLAH....wawasan yang tinggi utk anak...semoga tercapai impian ni saya doakan :))

    ReplyDelete
  3. Shuhada: impian & doa..harapan dari seorang bakal ibu, seperti kamu & akk.
    kita xmampu utk menjadi y terbaik, tp kita mesti berusaha utk memberikan y terbaik.
    jd ibu y baik juga ya!

    SitiSifir10: terima kasih sudi mencoret sesuatu di sini. ameen3
    itulah harapan & doa sy. smg wawasan & impian ini turut dkongsi oleh bakal ayah mereka.

    ReplyDelete